CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Mati Dipijak Gajah, Rumah Nak Roboh- Bapa Terpaksa Bawa 7 Anak Menumpang Rumah Orang

18-1-2023 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1297| Komen: 10

LIPIS – Kesedihan hilang isteri akibat dipijak gajah belum pun terubat, kini seorang bapa terpaksa membawa tujuh anaknya menumpang teduh di rumah saudara berikutan kediaman mereka di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini hanya menunggu masa untuk roboh.


Nasir Gelahok, 41, berkata, rumah kayu dinding buluh itu tidak stabil berikutan ‘dilanggar’ kawanan gajah dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi pada 6 ­Disember lalu yang mengorbankan is­terinya, Wak Angkat Yok Tong, 39.

Wak Angkat mengalami kecederaan parah pada anggota badan selepas dipijak binatang liar berkenaan ditemui di kawasan pokok pisang tidak jauh dari rumah mereka.


Foto: Kosmo

Nasir berkata, dia tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli peralatan binaan kerana masih belum bekerja sejak kejadian ngeri bulan lalu berikutan takut diserang gajah liar.

“Anak perempuan selalu me­rungut dan meminta untuk kembali ke rumah kami, namun strukturnya tidak kukuh dan hampir roboh.


“Saya tidak boleh membawa anak pulang mendiami di rumah lama kerana memikirkan kese­lamatan mereka selain tidak mahu tragedi ngeri berkenaan berulang,” katanya.

Menurut Nasir, mereka sekeluarga masih trauma dan bersedih atas kehilangan Wak Angkat yang maut dipijak gajah liar.

“Anak sering bertanya hal ini (ibu) ketika makan dan hendak tidur kerana mereka masih belum boleh me­nerima hakikat kejadian tersebut,” ­jelasnya.

Sehubungan itu, Nasir memohon kerajaan atau mana-mana pihak membantu membina sebuah rumah baharu di tempat yang lebih selamat di kampung tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 18-1-2023 09:26 AM
malas nak komen pasal pembiak ni
Quote pearl.silver 18-1-2023 09:28 AM
Nnt tok wan bg bantuan rumah batu..

X nyaman dah la..

Aritu gi cameron lalu jln koyan-betau-cameron ni
Berduyun2 lori balak keluar angkut kayu balak besar2
Quote Samerosie 18-1-2023 09:34 AM
TOPwind replied at 18-1-2023 09:26 AM
malas nak komen pasal pembiak ni

Pembiak tapi dia kerja ada kebun pisang.  Ini org asli der mmg rumah derang dalam hutan macam ni dan kerja dalam kebun2.
Quote blue_blur 18-1-2023 09:39 AM
TOPwind replied at 18-1-2023 09:26 AM
malas nak komen pasal pembiak ni

bro.. dorang orang asli la..
biak2 pun dorang mostly survive hidup makan semua dari hasil hutan juga..
tapi dah kena kacau, hutan kena tarah, authority guna nama orang asli untuk wujudkan jabatan sekadar untuk penuh perut masing2 aja..


Quote Rajawali 18-1-2023 09:50 AM
pencinta gajah bila nak masuk komen?
Quote TabletSusu 18-1-2023 09:51 AM
blue_blur replied at 18-1-2023 01:39 AM
bro.. dorang orang asli la..
biak2 pun dorang mostly survive hidup makan semua dari hasil hutan ju ...

aku setuju.. bknnya dorg jaga kebajikan OA tu. rata2 OA kat malaysia ni survive sendiri2 utk hidup.


** haiiii bilalah lagi dpt naik CH mkn durian hutan OA jual kat tepi jln tu
Quote Decaffeinated 18-1-2023 10:17 AM
OA ni species terancam memang perlu ada program pembiakan yang mampan.

MyVi ka parking tepi rumah tu?

Quote zuraidah1 18-1-2023 11:15 AM
Aritu aku g pos satak smpai atas tu ..pening pale aku lalu bukit Frazer...nk muntah...anto bantuan mb phg..bersih umah diorg ..
Quote rosedemon 19-1-2023 08:16 AM
sian. susah di dunia, di akhirat nnt harap tak susah
Quote cmf_premierleag 19-1-2023 08:24 AM
Celaka lah kpd semua pembalak haram
Sbb ceroboh hutan dan kaco habitat gajah smpi gajah pun mengamok

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054300 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top