CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh Ibu Kandung Dengan Kejam- Hanya Geleng Kepala, Tutup Mata Ketika Disoal Siasat

18-1-2023 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 782| Komen: 1

Seorang lelaki tergamak membunuh ibu kandungnya sendiri dengan kejam dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri empat tingkat di Lat Krabang, Thailand, pada Ahad.

Suspek, Noi Chanprem, yang berusia 37 tahun, dilaporkan mempunyai masalah mental.


Polis yang mendapat maklumat mengenai kejadian segera bergegas ke lokasi yang merupakan rumah mangsa.


Foto: thaiger

Polis menemui mayat mangsa, Chai Chanprem, 61, yang cedera parah dan ditutupi dengan selimut dari kepala hingga ke pinggang.

Malah, lantai rumah mangsa juga penuh dengan kesan percikan darah.

Polis turut menemui beberapa injap silinder gas besi yang diselaputi darah berhampiran mayat mangsa.

Suspek yang berjaya diberkas di tempat kejadian hanya membisu, menggelengkan kepala dan menutup matanya semasa disoal siasat.

Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Lat Krabang untuk siasatan serta tindakan lanjut.


Dilaporkan, jiran-jiran memaklumkan kepada polis bahawa mereka terdengar bunyi seperti orang dipukul pada malam Jumaat lalu, namun tidak kedengaran sebarang pertengkaran.

Sementara itu cucu perempuan mangsa memaklumkan suspek mempunyai masalah mental dan pernah dimasukkan ke hospital mental dua tahun lalu tetapi telah dibenarkan keluar.

Katanya, keadaan suspek semakin teruk berikutan enggan mengambil ubat-ubatannya. - CARI

Sumber: mStar/Thethaiger

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-1-2023 08:14 AM
xpela kan mental, xmasuk neraka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.324378 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top