Konsert Jay Chou mencatat sejarah apabila jumlah penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh dikatakan hampir penuh. Jumlah peminat Jay Chou di stadium terbesar di Malaysia membuatkan ramai terpegun sekali gus membuktikan faktor utama SNBJ dipilih sebagai lokasi tempat konsert diadakan, baru-baru ini. Lebih-lebih lagi, konsert penyanyi Taiwan itu pernah menjadi pertikaian penyokong Harimau Malaya yang tidak berpuas hati kerana 21,000 tiket tidak dapat dijual disebabkan persediaan pentas konsert tersebut. Justeru, ramai beranggapan ianya satu kesilapan besar sekiranya konsert tersebut dibatalkan.
Bukan itu saja, rata-rata warganet di media sosial turut membandingkan jumlah peminat yang hadir pada konsert Jay Chou jauh berbeza dengan konsert Billie Eilish pada 18 Ogos tahun lalu. Ramai mengatakan bahawa ianya merupakan kesan populariti Jay Chou yang sudah lama menapak dalam dunia hiburan malah peminat penyanyi itu rata-ratanya merupakan kelahiran 1980-an dan lebih dikenali pada awal tahun 2000-an. Sumber: OHBulan
|
ayukpingu replied at 18-1-2023 09:11 AM
yang pegi konsert billie tu kebanyakan remaja, separa remaja dan rasa muda2 remaja up until late 20s ...
ADVERTISEMENT