CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Johor Bantu Keluarga Guru Agama Hilang Di Makkah

17-1-2023 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1017| Komen: 5

Kerajaan Johor akan membantu keluarga jemaah umrah, Musthafa Kamal Abdullah, 49 yang dilaporkan hilang di Makkah pada 12 Disember lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada keluarga jemaah tersebut.


"Dua orang anak Musthafa Kamal, iaitu Muhammad Nabil, 26 dan Muaz, 17 akan berangkat ke Makkah pada Jumaat ini. Sumbangan tersebut diharap dapat membantu perbelanjaan kedua-duanya anak itu untuk ke sana bagi mencari ayah mereka.


Mohd Fared ( kiri) menyampaikan bantuan MAINJ kepada Mohammad Nabil di Sri Gading Batu Pahat, pada petang Isnin.

"Namun, bantuan MAINJ tidak terhad di situ sahaja. Jika terdapat keperluan lain, perkara tersebut boleh dimaklumkan kepada pihak MAINJ dan kami sentiasa terbuka untuk membantu," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi keluarga Musthafa Kamal di Sri Gading di sini, pada petang Isnin.

Mohd Fared berkata, garis panduan bagi mengelakkan jemaah umrah mahupun haji hilang di Tanah Suci sewajarnya perlu dirangka kerajaan.

"Saya kira perkara ini (garis panduan) memang perlu diketengahkan sebagai usaha memastikan keselamatan rakyat kita yang pergi keluar negara menerusi agensi pelancongan dapat dijaga dengan lebih baik.

"Oleh itu, saya merancang untuk mengadakan pertemuan dengan agensi pelancongan di Johor bagi membincangkan isu ini," katanya.

Dalam pada itu Mohd Fared memberitahu, masjid-masjid di kawasan Sri Gading dan Batu Pahat telah mengadakan solat hajat dan bacaan yasin bagi mendoakan keselamatan Musthafa Kamal.

Pada 6 Disember lalu, Musthafa yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz dan dijangka pulang ke Malaysia pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, bapa kepada lima orang anak itu dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.

Satu laporan polis telah dibuat di Kedutaan Malaysia di Arab Saudi berhubung kehilangan Musthafa.

Pada Jumaat lepas Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata, Ketua Perwakilan Malaysia (Malawakil) di Arab Saudi memantau perkembangan Musthafa yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 17-1-2023 10:08 PM
semoga segera ditemui ayah mereka
Quote intan244 17-1-2023 11:47 PM
apala yg berlaku kan. nanti kalau jumpa boleh buat movie. semoga cepat jumpa ayahnya.
Quote saviour_09 18-1-2023 09:14 AM
lama dah tu

ke mana la bapak nya pegi
Quote Decaffeinated 18-1-2023 11:07 AM
"Dua orang anak Musthafa Kamal, iaitu Muhammad Nabil, 26 dan Muaz, 17 akan berangkat ke Makkah pada Jumaat ini. Sumbangan tersebut diharap dapat membantu perbelanjaan kedua-duanya anak itu untuk ke sana bagi mencari ayah mereka.


Apa lah yang Muaz tu boleh buat. Cakap arab pandai tak?


Quote sangbara2020 18-1-2023 11:13 AM
hrp jpe la org yg baiik2 tlg bapaknya nih...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.056262 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top