CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Lelaki Kantoi Menyamar Polis Untuk Lolos Ketika Ditahan Peronda

17-1-2023 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1158| Komen: 6

Tindakan tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis untuk melepaskan diri ketika ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) membawa padah apabila kesemua mereka ditahan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, anggota MPV yang sedang membuat rondaan menahan sebuah Perodua Myvi dinaiki kesemua suspek pada jam 10.10 malam.


Antara barang yang dirampas oleh anggota MPV dalam pemeriksaan berkenaan. - Foto PDRM

"Anggota MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan sebuah Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa ditahan, salah seorang daripada suspek telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis tetapi gagal untuk mengemukakan sebarang kad kuasa sebagai bukti," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Wan Azlan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan dinaiki suspek menemui sebuah beg berwarna hitam mengandungi sebentuk gari besi, kad pas polis beserta gambar dan nombor badan, lencana besi lambang polis dan seutas rantai Polis Antarabangsa (Interpol).

Katanya, ketiga-tiga suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 18 hingga 31 tahun gagal memberikan alasan munasabah berhubung semua barangan berkenaan dalam pemilikan mereka.

"Mereka menyamar sebagai polis bagi memperdaya anggota MPV yang membuat pemeriksaan dengan harapan boleh terlepas, malangnya tidak berjaya," katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan akan direman empat hari bermula Jumaat.

"Siasatan dijalankan bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 yang mana jika sabit kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua duanya bagi kesalahan pertama," ujar beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-1-2023 10:35 PM
Ok..sekurang2 dah mula ada rekod jenayah..tahiniah.
Quote shernazz 17-1-2023 10:42 PM
Fefeling polis cm gerak khas ke
Quote kepompong 18-1-2023 07:18 AM
menyamar interpol… dasattt
Quote venom1 18-1-2023 07:29 AM
serap dalam PDRM. Biar jadi polis betul.
Quote Megikari 18-1-2023 08:52 AM
Interpol terus dia sebat.. Tak agak2 [em:3:]
Quote saviour_09 18-1-2023 09:15 AM
bukan kaleng2 interpol terus

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.152914 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top