CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pawi Sedia Bukti Kehebatan Bersama Ratchaburi FC Dalam Liga 1 Thailand

17-1-2023 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 671| Komen: 1

Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid bersedia untuk membuktikan kehebatannya dalam Liga 1 Thailand apabila diperkenalkan secara rasmi sebagai tonggak baharu Ratchaburi FC hari ini.

Pemain sayap berusia 25 tahun itu dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim untuk mengisi kuota import ASEAN bersama tiga pemain Myanmar, Myo Min Latt, Nanda Kyaw dan Hein Phyo Win.



SAFAWI Rasid (kiri) diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC hari ini.

Beraksi dalam liga di Thailand bagaikan memenuhi impian zaman kanak-kanak Safawi yang sudah lama memasang hasrat untuk menguji kemampuannya di negara jiran.

Ini kali kedua Safawi berkelana ke luar negara selepas sebelum ini dipinjamkan untuk beraksi dalam Liga Portugal bersama Portimonense SC pada 2020.

Safawi adalah pemain Malaysia keempat beraksi dalam Liga Thailand selepas tonggak pertahanan, Dion Cools yang menyertai Buriram United, Liridon Krasniqi bersama Khon Kaen United dan Junior Eldstal yang menyertai PT Prachuap.


Safawi yang melangsungkan perkahwinan dengan pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin, November lalu baru sahaja menyelesaikan tugasan bersama skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF.

Ratchaburi FC kini menduduki tangga ketiga Liga 1 Thailand selepas mengumpul 29 mata hasil 15 perlawanan, 10 mata di belakang Buriram United.

Selepas berehat panjang sejak 27 November lalu, Liga 1 Thailand akan bersambung pada Sabtu ini, di mana Ratchaburi turun menentang Khon Kaen United di laman sendiri.  


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 17-1-2023 09:09 PM
The same you said when you did your stint in portugal.....

Just let your feet do the talking and keep your damn mouth shut....ler

Bosang tau



Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.244908 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top