Dua sahabat melihat satu lembaga lutsinar menyerupai seorang askar sedang duduk di atas sebuah kerusi berhampiran monumen perang di Northam, North Devon, England, lapor portal berita TDPel Media semalam.
Ketika kejadian pada 28 Disember tahun lalu, Josh Newton dan George Moore yang masing-masing berusia 21 tahun, sedang melalui kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta. Ketika Newton mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar tugu peringatan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, dia melihat apa yang kelihatan seperti ‘figura berkabus’ seorang lelaki yang sedang duduk di atas bangku. Dia terkejut melihat lembaga tersebut tetapi tetap merakamkannya.
Tulisan pada Memorial Perang Northam itu mengandungi nama-nama askar yang terbunuh semasa perang tersebut. ‘Ia kelihatan seperti susuk berkabus. Pastinya, ia seorang lelaki, mungkin hantu seorang askar,” kata Newton. Sejurus selepas melihatnya, kereta yang dinaiki kedua-dua rakan berpatah balik ke tempat kejadian yang menyeramkan itu namun bangku itu kosong dan hantu itu telah hilang. Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 18-1-2023 09:24 AM
Knp hantu org putih takde berbungkus mcm pocong?
KamikuP replied at 18-1-2023 09:24 AM
Knp hantu org putih takde berbungkus mcm pocong?
she replied at 18-1-2023 11:58 AM
Tapi kenapa zaman duduk hostel sekolah dulu
Macam rasa horror gila bab2 cite hantu ni
Balik prep ber ...
jazaa100 replied at 18-1-2023 12:05 PM
Kannn....
Masa kecik dulu, lalu depan kubur pun tskut.....
she replied at 18-1-2023 12:59 PM
Yang best tu kubur sebelah masjid aje
Naik kereta takmo toleh belah kubur
Hahahaha
airfilterkotor replied at 18-1-2023 01:05 PM
Dulu² orang tua suka momok²kan cerita kubur ada itu ini. Budak² jadi seram.
Itu dulu laa.
sarahmirza replied at 18-1-2023 11:41 AM
Ilusi optik je tu...
Sekolah dulu cikgu kita org suka cakap mcm atas tu bila budak2 dok hostel cerit ...
Firenzza replied at 18-1-2023 01:30 PM
Knp planet berbillion km teleskop blh nmpk? Kobit 19 pun microskop blh besarkan....tp hantu yg dh be ...
ADVERTISEMENT