CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Krisis Myanmar Tak Boleh Direalisasikan Dengan Campur Tangan Orang Luar - Menteri Luar Singapura

17-1-2023 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 501| Komen: 0

Agenda pendamaian nasional hanya boleh dilaksanakan secara dalaman di peringkat negara masing-masing dan bukan sesuatu yang boleh direalisasikan dengan campur tangan orang luar.

Demikian kata Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan mengenai krisis politik yang dilihat semakin meruncing di Myanmar.


“Ini adalah satu lagi prinsip utama negara Asia bahawa kita tidak akan campur tangan dalam susunan politik domestik setiap negara. Kita terus berharap para pemimpin merentasi spektrum di Myanmar menyedari bahawa mereka perlu melakukan perbincangan secara jujur, merujuk semula masalah dalaman demi kepentingan rakyat mereka di sana.


Mothership.SG

“Perkara lain yang saya tekankan ialah pendamaian nasional hanya boleh berlaku secara dalaman, ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan campur tangan pihak luar.

“Jika melihat keluarga Myanmar yang diseksa sejak enam hingga tujuh dekad lalu, ia benar-benar sukar. Perkara pertama yang ingin saya tekankan ialah keperluan untuk bersabar. Kedua ia tidak bermakna berputus asa dalam hal ini tetapi untuk terus memujuk, menggalakkan, memudahkan perbincangan dua hala,” katanya.


Vivian Balakrishnan bercakap dalam rancangan Consider This mengenai kepentingan pertemuan dan perbincangan dua hala dalam menyelesaikan krisis.

Tambah beliau, sesi dialog sebenar perlu diadakan merentasi spektrum politik di Myanmar antara pemimpin junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing dan bekas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi perlu dibebaskan untuk duduk di sebuah meja rundingan.

“Kemudian mereka perlu boleh duduk, bersemuka dan bercakap baik secara jujur dengan dengan semua pihak berkepentingan dalam politik parti Myanmar. Jika tidak situasi ini akan berterusan atau Myanmar akan menemui jalan buntu,” katanya.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak tentera melakukan rampasan kuasa tahun pada 2021 dan menggulingkan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi.

Terdahulu, Menteri Luar dan Pengerusi ASEAN Kemboja Prak Sokhonn memberitahu rundingan damai memerlukan masa, kesabaran dan toleransi daripada semua pihak berkenaan untuk menamatkan krisis berdarah di Myanmar.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.130505 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top