CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bengang Minta Plastik Tapi Tak Dapat, Rempuh Kedai Guna Kereta, Ludah Dan Pukul Pemilik

17-1-2023 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1122| Komen: 3

Seorang lelaki bertindak merempuh sebuah kedai serbaneka di Korea Selatan dengan keretanya, selepas permintaan untuk mendapatkan beg plastik ditolak oleh pemilik premis itu, demikian menurut polis.


Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam Sabtu itu, pemandu tersebut merempuh keretanya ke dalam kedai serbaneka yang terletak di Geoje, wilayah Gyeongsang Selatan, menyebabkan beberapa barangan di premis itu rosak.

Tidak sekadar itu, lelaki tersebut kemudian meluru masuk ke dalam kedai dan menyerang pemiliknya.


Foto: ANN

Dia dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat insiden tersebut.

Lelaki yang tidak dinamakan itu berjaya ditahan polis di tempat kejadian dan didakwa atas kesalahan pemusnahan khas harta persendirian dan jenayah balas dendam.

Menurut polis, lelaki tersebut sebelum ini dituduh mencederakan pemilik premis secara fizikal, pada akhir November lalu.


Ketika itu, dia meminta beg plastik daripada pemiliknya selepas membeli aiskrim.

Bagaimanapun, permintaannya ditolak kerana premis tersebut mematuhi larangan beg plastik oleh Kementerian Alam Sekitar.

Berang permintaan tidak dipenuhi, lelaki itu meludahi pemilik premis.

Keluarga pemilik premis kemudiannya memfailkan aduan kepada polis.

Malah mereka menolak permintaan tertuduh untuk menyelesaikan perkara itu secara tertutup, dan sebaliknya meneruskan dakwaan terhadapnya.

Untuk rekod, larangan beg plastik di Korea Selatan telah berkuat kuasa sejak 24 November di kedai runcit untuk menangani penggunaan plastik yang semakin meningkat. - CARI

Sumber: mStar/THE STAR/ANN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 17-1-2023 06:59 PM
Tiba-tiba rasa lucu pula baca Kementerian Alam Sekitar tu.. Hehe
Quote rosedemon 18-1-2023 08:22 AM
jenis panas baran la ni
Quote najib888 18-1-2023 08:34 AM
Aku pun kadang2 bengang juga dengan pasaraya yg kedekut beg plastik ni.. kalau nak juga kene beli... macam mana nak achieved program sustainability kalau masih juga guna beg plastik? lagi untung, dulu bagi free sekarang boleh buat side income..

Instead of nak ajar pengguna untuk kurangkan penggunaan plastik, dan pengguna kena bawak beg sendiri, pemilik pasaraya boleh ja move to more sustainable material utk bungkus barang pengguna,tak perlu dah guna beg plastik.. cellulose bag ka, paper bag ka yg more environmental friendly...

Sediakanlah  alternatif pada pengguna...tak payah guna plastik terus. Dulu kat aeon ada disediakan kotak recycle untuk pengguna bungkus barang.. sekarang ni tak tau la masih praktik atau tak.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.138705 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top