CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Tak Sempat Sampai Klinik, Ajal Datang Menjemput Di Pondok Bas

17-1-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2543| Komen: 31

JASIN – Seorang lelaki warga emas tidak sempat ke klinik kesihatan dekat sini selepas rebah lalu meninggal dunia di pondok bas di Kampung Serkam Darat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Dol Samad Abu, 64, ditemui penduduk kampung dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.


Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, laporan telah dibuat oleh orang awam dan pemeriksaan polis serta pegawai perubatan di lokasi bagaimanapun mendapati mangsa telah pun meninggal dunia.


Foto: Kosmo

“Mangsa dipercayai telah diserang sakit jantung ketika sedang menunggu bas henti-henti untuk ke Klinik Kesihatan Serkam.

“Kita turut menemui ubat sedutan asma (inhaler) berdekatannya dan pelbagai jenis ubat lain di dalam beg dibawa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga menemukan kad kesihatan mangsa yang menunjukkan dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Serkam dan Hospital Melaka.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, kejadian itu turut mengejutkan penduduk kampung yang telah sekian lama mengenali mangsa dengan panggilan Pak Samad Abu.

“Mangsa ini belum berkahwin dan Pak Samad Abu ini memang dikenali penduduk kampung kerana sering dibantu untuk dibawa ke Klinik Kesihatan mahupun ke hospital besar.

“Mangsa tinggal bersama adiknya dan keterangan daripada ahli keluarganya juga mempercayai mangsa meninggal dunia kerana diserang sakit jantung,” katanya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 17-1-2023 05:39 PM
aduhai kesiannya..mati tiba²
Quote msxx 17-1-2023 05:42 PM
Innalillah.. salam takziah pada keluarganya. Kesiannya… terdetik jua bagaimanalah nasib diri sendiri bila dh tua2 esk. Semoga Allah permudahkan untuk kita semua
Quote cikatilia 17-1-2023 06:26 PM
Xdak sapa ke tolong dia bawak g klinik..????????
Takziah keluarga
Quote rogayahtop 17-1-2023 08:46 PM
Alfatihah utk arwah pak samad.
Quote gideoncross 17-1-2023 10:31 PM
cikatilia replied at 17-1-2023 06:26 PM
Xdak sapa ke tolong dia bawak g klinik..????????
Takziah keluarga

Artikel bgithu arwah x brkhwin.
Quote LadyCarefree 18-1-2023 06:44 AM
Kesiannya. Moga rohnya dirahmati Allah.
Quote nonarona 18-1-2023 07:00 AM
innalillah, semoga rohnye ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
Quote rosedemon 18-1-2023 08:22 AM
salam takziah
Quote pooh~key 18-1-2023 08:30 AM
This is a dream came true sis. Akak emang mengimpikan mati macam ni sis. Akak taknak terlantar lama kat katil tak mampos2 sis.
Quote pooh~key 18-1-2023 08:35 AM
cikatilia replied at 17-1-2023 06:26 PM
Xdak sapa ke tolong dia bawak g klinik..????????
Takziah keluarga

Emonya kau dekkkk….
Quote Tinot7 18-1-2023 08:37 AM
gideoncross replied at 17-1-2023 10:31 PM
Artikel bgithu arwah x brkhwin.

Tapi dia tinggal bersama adik..
Quote Tinot7 18-1-2023 08:37 AM
Takziah kpd keluarga..
Quote cikatilia 18-1-2023 10:08 AM
gideoncross replied at 17-1-2023 10:31 PM
Artikel bgithu arwah x brkhwin.

yela kan nak harap anak sedara ke apa tu pon depa ada hal sendiri kan..

Quote sangbara2020 18-1-2023 10:46 AM
kesiannya kan....xde bini xde anak2...
Quote kam3n 18-1-2023 10:50 AM
Yang ada bini ada anak2 pun tak tentu lagi tak meninggal seorang macam arwah ni.
Quote pooh~key 18-1-2023 11:03 AM
Agaknya kalau akak mati keseorangan kelak forummer sini pun turut mengasihani akan akak tak sissy?
Quote Jitu 18-1-2023 02:53 PM
pooh~key replied at 18-1-2023 11:03 AM
Agaknya kalau akak mati keseorangan kelak forummer sini pun turut mengasihani akan akak tak sissy? : ...

dah tak tahu mcm mana nak mengasihani sis tp klu tahu sy akan kata kesian arwah sis pooh key tu baik orangnya cuma tak senonoh sikit


Quote wadiunong 18-1-2023 02:56 PM
pooh~key replied at 18-1-2023 11:03 AM
Agaknya kalau akak mati keseorangan kelak forummer sini pun turut mengasihani akan akak tak sissy? : ...

kalo sis banyak duit duduk je kt rumah org2 tua KPJ nanti. kat situ ada pusat jagaan & rawat. mcm dok hotel sis. InShaAllah terjaga nanti. mati pon aman2 atas katil wpon sorang2
Quote gideoncross 18-1-2023 07:20 PM
cikatilia replied at 18-1-2023 10:08 AM
yela kan nak harap anak sedara ke apa tu pon depa ada hal sendiri kan..

Yep, mnathu ank sdra tngh krja ke apa ke & mmg ada elders yg suka sorg2.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051238 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top