Bekas pengetua sebuah sekolah menengah mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan melakukan komunikasi seksual, amang seksual fizikal dan memperkosa terhadap pelajar perempuannya. Rosli Abd. Rahman, 58, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Othman, lapor Kosmo! Online.
Difahamkan, tertuduh melakukan semua pertuduhan itu terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun, di beberapa lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Marang antara November 2020 sehingga bulan November 2021. Rosli yang didakwa mengikut dua pertuduhan di bawah Seksyen 11(a) dan masing-masing satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(c) serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 juga berdepan lima pertuduhan Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan dan empat pertuduhan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Tertuduh boleh dipenjara antara tiga sehingga 30 tahun serta sebatan bagi setiap pertuduhan berkenaan, jika sabit kesalahan. - CARI
|
..mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun, di beberapa lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Marang antara November 2020 sehingga bulan November 2021..
prince_marhaen replied at 17-1-2023 05:14 PM
confirm dia grooming budak tu jadi 'suka-sama-suka' sebab merata ye dia bawak.. mendapat ler kau s ...
ADVERTISEMENT