CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Kanak-Kanak Cedera Ketika Helikopter Terbang Rendah Tabur Jajan

17-1-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 603| Komen: 0

Lapan termasuk lima kanak-kanak dilaporkan cedera selepas sebuah helikopter yang terbang di sebuah parti kanak-kanak menyebabkan bumbung stadium runtuh.

Memetik laporan Mail Online, kejadian di Thailand itu berlaku ketika helikopter tentera laut terbang rendah untuk menabur bunga dan gula-gula kepada kanak-kanak pada acara sempena Hari Kanak-Kanak Kebangsaan.



Gambar hiasan

Situasi bertukar huru-hara selepas kehadiran helikopter itu telah 'meratakan' kanopi serta menyebabkan bumbung berangka diperbuat daripada keluli dan kanvas runtuh.

Menurut media tempatan Thailand, salah seorang mangsa, Nareerat Khumkana, 58, dibawa ke Hospital Prapokklao di tenggara Thailand selepas mengalami kecederaan pada leher serta luka di kepala.

Datuk Bandar Tha Chang, Tawatchai Chantakit memaklumkan dalam sidang media bahawa pihak perbandaran akan memberi pampasan sepenuhnya kepada mangsa yang cedera.


Dalam pada itu, jurucakap tentera laut menyampaikan permohonan maaf bagi pihak panglima tentera laut, Laksamana Choengchai Chomchoengpaet yang mengarahkan pengagihan bantuan kewangan dan perubatan.

Tha Chang merupakan sebuah perbandaran di daerah Tha Muang di wilayah Chanthaburi di tenggara Thailand, kira-kira 150 batu di timur Bangkok yang bersempadan dengan Kemboja.

Difahamkan, dua mangsa dewasa serta lima kanak-kanak yang dirawat di hospital dibenarkan keluar tidak lama selepas itu.

Pada 2017, sebuah jet pejuang Jas 39 terhempas semasa pertunjukan udara pada acara Hari Kanak-Kanak di wilayah Songkhla, di selatan Thailand.

Dalam kejadian itu, Ketua Skuadron Dilokrit Pattavee terbunuh apabila jet yang dipandu terhempas di landasan semasa pertunjukan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.039625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top