CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Tebal Seperti Bata, Ayam Naga Dijual RM8,655 Seekor

17-1-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1415| Komen: 16

Di sebuah ladang ternakan dekat Hanoi, Le Van Hien memilih unggas terbaik dalam kalangan kawanan ‘ayam naga’ peliharaannya. Ayam naga merupakan ternakan yang mempunyai kaki tebal seperti bata, manakala harganya pula mencecah AS$2,000 (RM8,655) seekor. 


Kaki tebal ayam naga atau dalam bahasa tempatan, ayam Dong Tao, dianggap hidangan istimewa dan popular dalam kalangan orang kaya semasa sambutan Tahun Baharu Vietnam atau Tet.

Ayam terbaik Hien seberat 4 kilogram dengan kaki merangkumi satu perlima berat badannya, dijual pada harga AS$150 (RM650), namun ayam baka berkenaan yang besar dikatakan berharga 10 kali ganda lebih tinggi. Malah, sesetengahnya pernah memasuki pertandingan ayam cantik.


SEORANG wanita memegang seekor ayam naga di kediamannya di wilayah Hung Yen pada 10 Januari lalu. – AFP

Kunci kepada rasa sedap ayam naga adalah diet haiwan itu yang terdiri daripada beras dan biji jagung di samping diberikan kebebasan untuk merayau, kata Hien kepada agensi berita AFP.


Walaupun ayam betina yang bertelur dikurung dalam sangkar bateri, ayam yang diternak untuk mendapatkan dagingnya pula dibiarkan bebas dalam halaman kecil.

“Lebih banyak ayam ini bergerak, ototnya menjadi lebih kuat dan besar,” kata Hien yang menternak ayam naga selama lebih 15 tahun.

Daging seekor ayam naga boleh mencapai berat sehingga 10 kilogram dan digemari kerana teksturnya yang liat dan kenyal tetapi juga rendah lemak.

Ayam itu kadang kala direbus dan juga digoreng atau dikukus bersama serai.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 17-1-2023 04:29 PM
seram pulak tgk kakinya..
Quote tri-max 17-1-2023 04:36 PM
kaki mcm kena sakit untut... tak selera nak makan kerabu kaki ayam
Quote renko 17-1-2023 04:56 PM
geli je tengok
Quote laqoyah 17-1-2023 09:03 PM
Penting nye berita ni.. wow
Quote margo20 17-1-2023 09:09 PM
Kaki dia ni klu buat sup sedap tak?
Quote syamzana 17-1-2023 09:24 PM
mcm tak selari je kaki dgn badan. nmpk berat kaki dari badan
Quote Belibis 17-1-2023 10:30 PM
Ayam kena gout pun klaim riban riban.
Quote imanjannah 17-1-2023 10:35 PM
sian pulak tgok kakinya
Quote nonarona 18-1-2023 06:58 AM
geli nak mkn sbb tgk kaki camtu walaupun sesedap mcm mna pun
Quote Tinot7 18-1-2023 08:41 AM
Hidangan kaki ayam naga ni camne?
Quote ally9970 18-1-2023 09:14 AM
Kenapa kaki mcm tu disamakan dgn bata?
Quote TOPwind 18-1-2023 09:16 AM
ni namanya Ayam OKU lah
Quote venom1 18-1-2023 09:49 AM
aneh aneh sekarang ni
Quote sangbara2020 18-1-2023 10:47 AM
ayam ni mesti malas berlari berkejaran mengejar cikki...
Quote umbut 18-1-2023 10:52 AM
Tgk kaki pun dah geli..
Quote dekmieDandy 18-1-2023 10:53 AM
baru terbaca tread orang kena untut tu

pastu terbaca pulak tread ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.086049 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top