CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bainun Kesat Air Mata Di Kandang Saksi 'Ditinggal' Peguam

17-1-2023 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4226| Komen: 60

Tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, menangis di kandang saksi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.


Siti Bainun, 31, dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan, mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin.

Dengan penarikan dua peguam itu, ini menjadikan kesemua peguam dari lima firma, tidak lagi mewakili wanita itu dalam prosiding bela dirinya.


BERNAMA

Izralizam: Kamu tahu tak, mereka mahu tarik diri?

Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu Sabtu lalu, boleh nak tarik diri sebab ada pertindihan jadual, tapi beliau tak ada cakap, betul-betul nak tarik diri, tak apalah Yang Arif, saya akan cuba bincang semula.


Izralizam: Saya juga ada terima notis penarikan diri peguam, difailkan jam 9 malam tadi, sekiranya ada pertindihan tarikh, peguam perlu buat permohonan berserta alasan, untuk saya pertimbangkan.

Hakim ini turut menasihati tertuduh supaya membuat aduan kepada Majlis Peguam, sekiranya rasa teraniaya dengan tindakan peguam-peguamnya.

“Mahkamah tak salahkan atau marahkan kamu, tetapi kalau kamu sendiri tidak beri arahan, macam mana mereka nak bersedia?,” kata hakim itu.

Siti Bainun: Saya tak tahu susunan jadual itu macam mana?

Izralizam: Kamu bagi tak mereka tarik diri?

Siti Bainun: Mestilah tidak.

Izralizam kemudiannya menasihati Siti Bainun supaya melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya.

“Seorang sahaja sudah memadai untuk mengendalikan kes, kalau banyak firma tapi berlaku macam ini, ia tidak memberi manfaat kepada kamu juga,” katanya.

Susulan itu, mahkamah kemudian menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Tertuduh juga dikehendaki untuk memaklumkan mengenai status lantikan peguam baharu pada tarikh berkenaan.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tiga peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri iaitu Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Mohammad Farhan dan Nur Ellena memfailkan permohonan itu secara bertulis pada Jumaat lalu manakala Nur A’minahtul membuat permohonan menarik diri secara terbuka.

Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun diperintah untuk membela diri atas dua pertuduhan tersebut.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja sama.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuliana29 17-1-2023 04:12 PM
kesian.. masa awal2 kemain lagi sebaris peguam bersama. siap menari trkinja2 lagi..
Quote totokreturn. 17-1-2023 04:13 PM


ni pun dah larik ke?
Quote Purplehaz 17-1-2023 04:29 PM
Mungkin baru fikir kes  tentu akan kalah..dr merudumkan reputasi sendiri ..baik tarik diri.

Quote Samerosie 17-1-2023 04:30 PM
Nak kesian tapi tulah.  Bagaimana kau buat Bella tu helpless, biar kau pula rasa helpless.
Quote hareeeesah 17-1-2023 04:35 PM
Pungpang pungpang tarik diri plak.. semoga bella menang kes ni
Quote cikatilia 17-1-2023 04:36 PM
totokreturn.:   <a href="https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2023/01/16/1903364.jpg" target="_blank">https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2023/01/16/1903364.jpg</a> ni pun dah larik ke?

dari kiri xx, asiah jalil, hafizah hassan, benon, A’minahtul Mardiah Md Nor, Nur Ellena Mohamed Razif, Mohammad Farhan Maaruf, xx.
yg xx tu aku xtau sapo.


Quote KamikuP 17-1-2023 04:38 PM
Kesian benon belon gundu persis badak air.. cuolls tak kesian ke walau sekelumit zarah?
Quote makita 17-1-2023 04:42 PM
Benon mcm kene prank. Anggap la ni pembalasan yg pertama sbb jahat kat bdk kecik. Letih je posing2 dgn 10 loyar. Pembalasan seterusnya akan menyusul sampai Benon sendiri mengaku dia yg dera Bella
Quote PinkyPie 17-1-2023 04:50 PM
Serentak pula semua tarik diri. Legal fees depa still dapat ke tak kalau camni?
Quote DayangKirana 17-1-2023 04:52 PM
kemain berapa banyak law firm dia hired tuh?
so, ni boleh consider cash ke nih?
Quote arm_band 17-1-2023 04:52 PM
Hakim ini turut menasihati tertuduh supaya membuat aduan kepada Majlis Peguam, sekiranya rasa teraniaya dengan tindakan peguam-peguamnya.


hambik kau, judge pun suruh komplen ke bar council. ade ke hari jalan kes defence baru counsel kata bertindih jadual. semua counsel pulak tu. phuiiii betul2 loyer cap ayam semuanya
Quote grouper 17-1-2023 04:54 PM
Kiranya peguam2 tu merasakan kes bainon ni akan didapati bersalah la kan...
Quote Rogue98 17-1-2023 04:58 PM
Diaorang selfie buat tiktok dulu....Lepas tu baru fikir pasal kes samada boleh menang ke tak...baru nak tengok evidence bagai. Nak tarik diri pun takde courtesy nak bagitau anak guam ataupun gantikan dgn lawyer lain. Bodoh sekor2. Si Asian Jalil tu kemain kat FB berlagak macam dia jer yg bagus rupanye pengecut gak.
Quote Rogue98 17-1-2023 05:03 PM
Tugas lawyer adalah utk memastikan pihak defendan mendapat pembelaan yang sewajarnye walaupun orang tu seorang pembunuh sekalipun. Ni yg Hafidzah tu cakap awal2 bila ramai kondem dia ambik kes ni. Aleh2 dia sendiri belah camtu jer tinggalkan benon terkontang kanting....
Harap benon report lah kat bar council ke apa.
Quote Pixie902 17-1-2023 05:16 PM
Walau pun tak suka OKT ni, tapi tindakan peguam menarik diri saat akhir sangat tak profesional dan memang patut diadukan ke Majlis Peguam.  Semuga semua pihak mendapat keadilan.
Quote prince_marhaen 17-1-2023 05:24 PM
zuliana29 replied at 17-1-2023 04:12 PM
kesian.. masa awal2 kemain lagi sebaris peguam bersama. siap menari trkinja2 lagi..

Tak payah kesian kot uols semua, ini taktik nak melengahkan perbicaraan lettuw.. nak draggg bagi lama..dan lambat.. sampai semua saksi, pendakwa, dan mangsa sendiri drain energy.. esp emosi mangsa sebab budak macam tu mana nak ingat benda yang dah terlalu lama drag masa & timeline kejadian.. kita orang biasa pun boleh jadi lupa kekadang benda yang terjadi pada kita dalam sesuatu tempoh...apalagi anak istimewa macam bella tu..
Quote tripleid 17-1-2023 05:30 PM
Air mata penyesalan kah??

CASHH la kann..
Quote iolss 17-1-2023 05:40 PM
xpela...sng cite, ngaku jela.msk penjara.insaf skit..mn tau kuar2 nanti bdn mcm nasha aziz
Quote rikiruj 17-1-2023 05:44 PM
PinkyPie replied at 17-1-2023 04:50 PM
Serentak pula semua tarik diri. Legal fees depa still dapat ke tak kalau camni?

Tak silap probono... tu yang depa nak cabut tu kot.. duduk lama takde hasil, lagipun exposure dah dapat.. apa lagi angkat kaki la..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top