CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Jadi Tak Betul Kalau Terperap Di Rumah, "Kerja Buat Saya Gembira"

17-1-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1384| Komen: 4

Puteri Sarah Liyana lebih suka keluar bekerja berbanding 'terperap' di dalam rumah susulan konflik rumah tangga yang berlaku ketika ini. 

Puteri Sarah berkata, peluang berjumpa dengan rakan-rakan akan membuatkan hatinya lebih gembira selain tidak peduli dengan masalah yang datang. 



Foto: IG

"Saya akan lebih normal apabila saya bekerja. Kalau dulu tiada kerja dan duduk di rumah saja, memang saya jadi 'tak betul'. Tapi bila ada kerja dan berjumpa orang luar, saya tak fikir masalah yang datang. 

"Alhamdulillah saya masih ada kerja dan rakan-rakan yang sentiasa menghiburkan saya. Kerja saya pun tidak terganggu sebab segala masalah saya letak di belakang," katanya. 



Menurut Puteri Sarah, dia reda apabila jodoh bersama suaminya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof hanya mampu bertahan selama sembilan tahun. 

"Saya sangat lega apabila segala apa yang saya pertahankan tapi jodoh sampai di sini saja," katanya. 



Semalam, Puteri Sarah yang ditemani dua adiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini.

Permohonan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.



Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan dan Summayah, 3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 17-1-2023 05:45 PM
Denda ke apa hujung-hujung samdol gak bayar. Xpe PS denda selagi boleh..saman juta-juta pun ons. Mmg duit tak leh beli kebahagiaan tapi dgn duit la ko leh healing..gituew.
Quote _blackbird 17-1-2023 06:48 PM
mmg nak cepat move on mmg kena rajin bersocialize dan busy kan diri walaupon berpura2 busy
Quote miss_strangers 17-1-2023 07:19 PM
Betul la tu Sarah. Skrg giliran ira pulak duk umah menghadap socmed jadi keyboard warrior utk defends puak dia. Tapi semestinya ira menyamar acah2 netizen yg sokong sol
Quote rosedemon 18-1-2023 08:31 AM
okayyy watevahh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068088 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top