CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Perempuan Aktres Popular Mengaku Salah Memiliki Dan Menghisap Dadah

17-1-2023 01:42 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12804| Komen: 63|Original author: Saiful

Seorang anak kepada aktres popular era 1990-an mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini atas tuduhan memiliki dan menghisap dadah.

Memetik Utusan Online, Syarra Sudarman, 29, membuat pengakuan berkenaan atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti. 


Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 12 Oktober tahun lalu, kira-kira pukul 11.45 pagi bertempat di sebuah hotel di pekan Kuala Pilah dalam milikan tertuduh terdapat dua peket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.72 gram. 


Foto: utusan

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Pertuduhan kedua pula, pada tarikh yang sama kira-kira pukul 3 petang, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, tertuduh telah memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine.


Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama dengan seksyen 38B akta yang sama.

Berdasarkan fakta kes, pada tarikh dan waktu yang sama, polis telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah bilik hotel dan mendapati terdapat dua lelaki dan seorang perempuan dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan ke atas kedua-dua lelaki berkenaan tidak menemui sebarang kesalahan. 

Seorang detektif wanita membuat pemeriksaan beg yang dipegang tertuduh.

Hasil pemeriksaan telah menemukan dua peket berisi serbuk dan ketulan kristal dipercayai dadah. Selain itu turut ditemui satu botol yang telah diubah suai bagi menghisap dadah.

Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya menyatakan sebelum ditangkap, dia memiliki pekerjaan tetap di Kuala Lumpur dan menanggung sepenuhnya seorang anaknya.

Menurutnya, anaknya kini dalam jagaan ibunya dan sepanjang dia berada di Penjara Sungai Udang, Melaka, dia menerima panggilan sebanyak dua kali dari ibunya yang memaklumkan kurang sihat.

“Saya harap hukuman dijalankan sama dengan tarikh saya ditangkap untuk saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu di Kuala Lumpur,” katanya.

Majistret  menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara dari tarikh tangkapan bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dihukum lima bulan penjara dari tarikh sabitan serta pengawasan polis tidak kurang selama tiga tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 17-1-2023 01:48 PM
anak noralbaniah ke ni
Quote susukambingbest 17-1-2023 01:53 PM
shida81 replied at 17-1-2023 01:48 PM
anak noralbaniah ke ni

Ye kot. Sbb nama arwah suaminya tu rare.
Quote heythere123 17-1-2023 01:55 PM
claim anak aktres tapi tak bagi klu
Quote j3m4h 17-1-2023 01:56 PM
Tepat je chuols teka ye…l
Quote zaraaqilah 17-1-2023 01:59 PM
yup...bertebaran di sana sini kata  anak Nor Albaniah
Quote telracs 17-1-2023 02:01 PM
Pic plissssss.....
Quote xtravaganza 17-1-2023 02:02 PM
Ble kna tgkp je bru nk igt anak la apa la..pelik aku..
Quote Burong_Hantuk 17-1-2023 02:07 PM
Arwah apaknya dulu pelumba kete popularrrrr
Quote she 17-1-2023 02:09 PM
Macik lupa dah Albaniah kawen balik dengan sape ritu
Bini ketiga kan

Sendu betul gosip ekau Alba oiii
Macik cuma teringat gambau ekau posing pakai short pant atas bonet kete sport arwah laki ekau
Sama pulak posing dengan Pojiah Latip
Quote Burong_Hantuk 17-1-2023 02:10 PM




Quote hareeeesah 17-1-2023 02:10 PM
Edited by hareeeesah at 17-1-2023 02:12 PM

Google & jumpa ni


https://m.facebook.com/universelangor/photos/a.639554926120472/965305916878703/?type=3
Quote Freezies 17-1-2023 02:11 PM
Burong_Hantuk replied at 17-1-2023 02:10 PM

Lawa macm mak die..tpi sayang minah gian
Quote Burong_Hantuk 17-1-2023 02:14 PM


“Saya pula mencari rezeki hanya bersendirian, jadi tak bolehlah terlalu memilih kalau ada tawaran, kongsinya.

Beliau yang juga ibu tunggal kepada seorang anak, Syara yang kini berusia 27 tahun berkongsi lagi, dia sangat bersyukur kepada mempunyai kakak dan abang yang sentiasa prihatin dengan nasib dirinya selepas pemergian suami tercinta 26 tahun lalu. Allahyarham suaminya Sudarman Daud telah pergi kerana kemalangan yang menimpa dirinya.

“Adik beradik banyak jugak bantu dari pelbagai segi, malah sokongan yang mereka berikan kepada saya buatkan hidup saya ni tak pernah rasa sunyi.

“Zaman terkini apabila C0vid-19 melanda di seluruh dunia membuatkan kehidupan saya sebagai anak seni semakin mencabar.

“Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur, sebab tawaran berlakon masih tidak putus, malah saya juga kena sentiasa memperingatkan diri dan tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah seperti artis lain, ujarnya.


Quote Burong_Hantuk 17-1-2023 02:15 PM
buat penat mak beranak ...dah la ank tunggal,buat perangai mendadih...hancur hati ibu tuh...
Quote ekselen 17-1-2023 02:16 PM
Sheols ada je berlakon drama ler cuma la ni x nampak dah... Byk jgk drama lakonan sheols tu... Kesian jgk kalo mmg anak dia sbb anak dia sorg je dan dia lama gak menjanda...x tau psl sheols dah kawin lg...
Quote Burong_Hantuk 17-1-2023 02:19 PM
terinagt baca kat mana ntah dulu...si noralbaniah kalau pergi berlakon,dia akan tinggalkan anak dia yg masih kecik dlm umah sorg2....
Quote jalfa 17-1-2023 02:19 PM
Sedihla hiduo end up jd tahik dadah.dah ada anak pon
Quote exclusive_vvip 17-1-2023 02:21 PM
Burong_Hantuk replied at 17-1-2023 02:10 PM

Mcm neelopa
Quote mrsbob87 17-1-2023 02:22 PM

yup
Nor Albaniah berkahwin dengan pelumba kereta, Sudarman Daud pada 1994 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama SyarraSudarman .







Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036989 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top