CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Ramai Bertepuk Tangan Tengok Ketua Mafia Ditahan Selepas 30 Tahun Bersembunyi

17-1-2023 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 668| Komen: 0

Ketua mafia Itali paling dikehendaki, Matteo Messina Denaro ditangkap di Sicily selepas 30 tahun berada dalam pelarian.

Messina Denaro telah ditahan di sebuah klinik swasta di Palermo, ketika dia sedang menerima rawatan untuk kanser.


Dia dipercayai ke klinik tersebut dengan menggunakan nama palsu untuk menjalani rawatan kimoterapi.


Reuters

Dia didakwa sebagai ketua Cosa Nostra Mafia yang terkenal dan dia telah dibicarakan serta dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran pada tahun 2002 atas banyak kes pembunuhan.

Lebih 100 anggota tentera terlibat dalam penahanannya.

Media Itali melaporkan, Messina Denaro ditahan sebelum jam 10 pagi dan dibawa ke lokasi rahsia oleh Carabinieri (pasukan polis tentera).

Sebuah video yang diedarkan media Itali menunjukkan orang ramai berdiri di jalan dan bertepuk tangan ketika polis membawa Messina Denaro.


Ini adalah beberapa pembunuhan yang disabitkan kesalahannya:

Ketua mafia ini terlibat dalam kegiatan meragut, pembuangan sisa haram, pengubahan wang haram dan pengedaran dadah untuk sindiket jenayah terancang.

Dia dilaporkan adalah anak didik Totò Riina, ketua puak Corleone, yang ditangkap pada 1993 selepas 23 tahun melarikan diri.

Walaupun Messina Denaro menjadi buruan sejak 1993, dia dianggap masih mengeluarkan arahan kepada orang bawahannya dari pelbagai lokasi rahsia.


AFP

Selama beberapa dekad, penyiasat Itali sering hampir menangkap Messina Denaro dengan memantau mereka yang paling rapat dengannya.

Ini mengakibatkan penahanan kakaknya Patrizia dan beberapa lagi rakan sekutunya pada 2013.

Polis juga merampas perniagaan yang dikaitkan dengan Messina Denaro, menyebabkan dia semakin terpencil. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.125862 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top