CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nadma Kata Bantuan Lambat Sebab Dokumen Tak Lengkap, Tipu Maklumat

17-1-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 747| Komen: 4

Dokumen tidak lengkap dan menipu dalam memberi maklumat adalah antara faktor kelewatan Bantuan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) dan Bantuan Khas Covid-19 sebelum ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, Nadma telah pun menyalurkan peruntukan bagi Bantuan Bencana Banjir MTL ke semua pejabat setiausaha kerajaan negeri selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi tujuan tersebut.



Keadaan banjir yang melanda melanda daerah Dungun, Terengganu pada akhir tahun lalu.

Jelasnya, pihak berkaitan sentiasa cuba mempercepatkan proses pemberian bantuan, namun faktor berkenaan ada kala menyebabkan usaha tersebut sedikit terbantut.

“Proses agihan bantuan pula dilaksanakan oleh JPBN melalui pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).


“Seboleh-bolehnya bantuan kepada mangsa bencana mahu diberikan secepat mungkin, namun keperluan untuk memastikan bahawa mereka yang layak sahaja menerima bantuan menyebabkan ada kala usaha berkenaan mengambil sedikit masa.

“Kami juga tidak mahu pemohon yang sepatutnya dapat bantuan tetapi dinafikan hak disebabkan mereka yang tidak jujur memberi maklumat diri. Jadi proses pemutihan perlu dilakukan dengan teliti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya lagi, bagi permohonan Bantuan Bencana Banjir MTL contohnya, selain ada yang tidak layak turut memohon, ada juga permohonan bertindih daripada Ketua Isi Rumah (KIR) sama.

“Ada juga yang tidak lengkap atau tepat selain ia tidak dikemukakan melalui pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan proses verifikasi kadar kerosakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Berkenaan Bantuan Khas Covid-19 pula, ada pemohon yang tidak memenuhi kriteria kerana tidak bekerja, bukan warganegara atau masih menerima gaji semasa dikuarantin.

“Sebahagian permohonan ditolak kerana melibatkan kematian bukan warganegara dan kematian bukan kerana Covid-19 selain dokumen diberi tidak jelas atau lengkap,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 17-1-2023 01:37 PM
Haah ye la..dah menipu..
Padan muka..
Ada kat taman iols neh dia dapat.juga bantuan nadma sebab dia berniaga nasi...10 hari tak.bolrh niaga...dpt rm1k..alhamdulillah...
Quote lorde 17-1-2023 05:55 PM
Dokumen tidak lengkap slope game dan menipu dalam memberi maklumat adalah antara faktor kelewatan Bantuan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) da
Quote jejaka_hensem 17-1-2023 06:47 PM
Kenapa perlu menipu?
Semoga yg menipu tu terus kena banjir lagi.
Quote Bholatchomel 17-1-2023 06:48 PM
Hahhah masa aku kena covid tu. Minta nadma setahun baru dapat.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057610 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top