CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nana Mahazan Kecil Hati, Artis Dianggap Tidak Layak Berada Dalam Kelompok Orang Berilmu Dan Beriman

17-1-2023 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1267| Komen: 8

Nana Mahazan, 40, mengakui pernah tersinggung dengan tanggapan sesetengah pihak terhadap golongan selebriti, terutama apabila mereka cuba mendekatkan diri untuk menambah ilmu agama.

Jelas Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, pandangan sebegitu tidak sepatutnya berlaku kerana niat yang baik wajar dirai dan digalakkan.


Foto: IG

“Apabila kita ini selebriti, ada saja tanggapan skeptikal daripada masyarakat. Dulu saya tidak pakai tudung, mereka anggap saya tidak tahu solat dan agama.

“Terus-terang, ia buat saya tersinggung. Apabila saya tampil berhijab, timbul pula pandangan, sudah kembali ke pangkal jalan dan ada pegangan hidup. Tanggapan mereka buat saya terfikir, apakah saya terlalu teruk?

“Ada waktunya, saya rasa tersisih apabila orang macam tidak sudi ajak ke majlis berilmu. Apakah artis macam saya tidak layak berada dalam kelompok orang berilmu dan beriman? Jangan begitu,” katanya.




Bagaimanapun, kata Nana, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kemungkinan golongan seperti itu tidak tahu perjalanan seseorang individu.

“Tidak dinafikan, memang itu persepsi saya selalu dapat dulu. Tetapi, saya tidak salahkan mereka. Bagi saya, kalau nak buat kebaikan tidak perlu pengesahan daripada orang lain.



“Kalau nak buat kebaikan, tidak perlu dilihat orang. Saya tukar cara berfikir dan apabila saya ubah imej dan perbaiki diri, perlahan-lahan banyak benda baik yang datang.

“Contohnya, siapa sangka saya dipilih Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sebagai ikon. Saya dapat berbakti lebih meluas menerusi platform ini untuk membantu lebih ramai yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, kata Nana, dia juga percaya jika seseorang individu memahami erti bersyukur, rezeki juga akan datang seiring.



“Adakah syukur sekadar di mulut sahaja? Tidak, kita kena zahirkan menerusi perbuatan. Saya selalu tanamkan dalam diri untuk bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh Allah SWT.

“Bila saya mula buat begitu, saya perasan Allah kurniakan lagi rezeki yang tidak putus-putus. Ia membuatkan saya mahu jadi insan yang lebih baik, tidak kufur nikmat dan lupakan Dia.

“Kemanisan bersyukur ini tidak tahu bagaimana untuk diungkapkan. Alhamdulillah atas segala-galanya,”
katanya.


Sementara itu, pada 12 Januari lalu, Nana berangkat ke Jordan bersama MVM bagi meneruskan misi sulungnya menyalurkan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-1-2023 08:28 AM
terpaling hijrahhhh
Quote adeqbun 18-1-2023 09:01 AM
Kdg2 karakter dan kelaku artis tu yg meletakkan persepsi org ramai kat diorg...
Quote sleepandream 18-1-2023 09:25 AM
tapi khennn org pun serba salah jugek..
kalau nak ajak org yg pakai baju tak cukup kain tetiba ajak pg usrah.... nanti dikatanya perli... ko pon rimas nanti... terus menjauh nanti...
Quote MsIda 18-1-2023 09:45 AM
All the best to u nana... take it slow n easy.. jgn overdo it..jgn nnti net ckp dan2 bertudung terus rasa diri suci murni
Quote sr10 18-1-2023 09:48 AM
Aku suka dia ni. Tak fake. Muka pun nampak ikhlas tu. Sederhana saja Dan merendah. Tak la macam sorang tu, dah lama berhijrah pun fake tu still nampak. Sorry la, aku boleh accept kalau nak fake bab lain. Tapi kalau fake dlm berhijrah Dan tunggang agama big no la
Quote vanillaninja 18-1-2023 10:51 AM
Sheols ni nampak jauh lagi cantik bertudung dari tak bertudung dulu.
Quote Shahman86 18-1-2023 11:30 AM
Cleocatra replied at 18-1-2023 08:32 AM
Semenjak bertudung macam over pulak nanake ni. Sekejap macam ustajah, sekejap pakar motibasi. Elok p ...

Aku tgk ok aje..mcm biasa aje.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035735 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top