CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bunga Isme Rasa Terbeban Belajar Sambil Bekerja, Tapi Syukur Muda-Muda Dah Mampu Beli Rumah

17-1-2023 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1460| Komen: 15

Bunga Isme mengaku terbeban dengan komitmen yang ditanggung sehingga terfikir untuk tidak meneruskan pengajian.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berkata, rugi baginya untuk berhenti kerana tahun pengajian hanya berbaki setahun sahaja lagi.


Foto: IG

“Memang rasa terbeban, selalu rasa tak boleh sebab ada komitmen, ada karier yang kena kejar sebab kalau tak kejar, macam mana nak tanggung komitmen.

“Selalu saya rasa nak berhenti tapi saya tak mahu berhenti sewenang-wenangnya, saya akan tanya keluarga, kawan-kawan dan orang yang bekerja sambil belajar dan mereka cakap rugi kalau saya berhenti kerana hanya tinggal satu tahun sahaja lagi. Jadi saya tak jadi berhenti,” kongsinya kepada XTRA.



Dalam pada itu, Bunga meluahkan rasa syukur apabila impian 2023 bakal tercapai kerana akan berpindah ke rumah baharu yang dibelinya tahun lalu.

Malah, penyanyi lagu Intan Payung ini turut menyarankan rakan seni yang ingin membeli rumah agar mempunyai simpanan secukupnya.



“Impian saya untuk 2023 ini adalah untuk habiskan pengajian ijazah dan juga pindah ke rumah baru. Tahun ini saya nak pindah bersama ibu saya dengan rumah yang saya beli.

“Ibu saya seorang ibu tunggal, saya pula anak bongsu jadi saya tinggal dengan ibu sahaja. Kakak dan abang semuanya telah bekerja. Yang paling bujang dan ada masa adalah saya.

“Alhamdulillah, kakak saya sarankan untuk beli rumah dulu supaya selepas tamat belajar, saya dah ada rumah. Jadi saya buat keputusan untuk beli rumah.

“Susah sikit sebab tiada slip gaji dan saya wajarkan anak-anak seni di luar sana yang nak beli rumah siap-siapkan ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebab kalau tiada pun, kita kena ada simpanan yang boleh dipercayai oleh pihak bank,” jelas Bunga.



Pelantun lagu Buai ini juga turut berpesan agar sentiasa meluangkan masa bersama keluarga.

“Sebenarnya saya rasa sangat bersyukur, beza umur saya dan kakak adalah tujuh tahun, jadi hubungan agak renggang.

“Di usia saya sekarang ini saya harap adik-adik di luar sana rapatlah dengan keluarga. Apa pun yang terjadi, keluarga adalah menjadi keutamaan. Baik buruk adik beradik, merekalah darah daging.


“Inilah masanya sebab saya agak nakal dahulu, ini masanya untuk saya membalas jasa ibu bapa dan adik beradik menjaga saya yang nakal ini,” katanya.

Untuk info, Bunga menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 dalam jurusan Pentadbiran Awam secara sepenuh masa. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 17-1-2023 09:38 AM
aku aje ke tak kenai dia
Quote Nana_Man 17-1-2023 10:34 AM
Nothing comes easy dik. Memang patut bersyukur lah penat2 pun ada harta jgk. Some ppl are unlucky,rezeki pun cukup2 atau tak cukup langsung
Quote mamajawie 17-1-2023 11:10 AM
tahniah dek..akak da 30-an masih dduk menumpang uma fmily suami lgi ni..dengan ekonomi mkin x menentu ni mmg x capai la hajat nk ada rumah sendiri..
Quote TerataiMelur02 17-1-2023 11:15 AM
Sheols ni hauk nyanyi live
Quote laksmanabentan 17-1-2023 11:18 AM
okay ler tu...
aku pun tak kenal..
lagu pun tak pernah dengar... kecuali lagu duet dengan nek ani tuh
tapi pandai ko simpan duit beli rumah...
okay sgt da tu...
Quote bottompro 17-1-2023 11:20 AM
Muka sheols memang pekat concentration PPRT nya.

muka nk acah2 high fashiun time photoshoot. tapi sorry la deknon, meols nampak lebih kepada muka muka makcik jual karipap bawah flat.
Quote hasniey 17-1-2023 11:40 AM
Pilihan sendiri kan.dah tau kalau x kerja xboleh bayar kereta+rumah,kenapa gesa2 sgt beli rumah?abeskan bljr lepastu kerja la puas2.pulun la semua job yg ada.
Beli rumah bukan keperluan pon.muda lg.
Quote MilanAdelynn 17-1-2023 11:44 AM
Jenis cepat menggelabah ni. Kalau org tanya dah ada rumah ke belum, dia gelabah so beli awal2 senang nak show off kat member2. Bg peer pressure, aku 22 dah ada rumah walaupunnnnn 700sqft. Harus di upload bagi tekanan kat budak2 sebaya dia. Entah apa2 la kau, nama pun aneh.
Quote azimodin 17-1-2023 11:50 AM
Iouls pelik dia rap ke bercakap sebab cara menyanyi macam orang mamai. Pastu asyik la sample lagu2 rakyat ehhhh...ahhh..ehhh...ahhh...
Quote rosedemon 18-1-2023 08:27 AM
tak ada aura . kepam
Quote WeAiNe 18-1-2023 11:51 AM
sapooooooooooooooooooo ulu banat mana ko datang dek
kekampungan nyerrrrrrrrrrr
Quote supernaturalee 18-1-2023 01:21 PM
lorrr igtkn tangan sape kt bahu sheols
rupanya inspired watak thing dgn wednesday
boleh lahhh

Quote deebiz14 18-1-2023 01:29 PM
Nengok muka mmg tak kenai. Ingat dak ingus mane jual nasi lemak kat ujung kampung.
Kalau dgr sore, sedap lagi si Hannah Delicious tu rap dari sheols nih.

Tapi salute la depa pandai kumpul duit dan invest buat harta. Keep it up. Smoga berkat dek.
Quote Prickford 18-1-2023 01:40 PM
MilanAdelynn replied at 17-1-2023 03:44 AM
Jenis cepat menggelabah ni. Kalau org tanya dah ada rumah ke belum, dia gelabah so beli awal2 senang ...

Ini iolls setuju. Contoh mcm iolls punya MIL. Anak menantu beli rumah, dipaksa jugak si bujang yg bongsu tu beli rumah. Apply loan tak lepas, suruh cari jugak jalan gabung nama dgn ayah utk lepas loan. Dekat situ dah nampak yg si bongsu tu tak mampu nak beli rumah. Jangan suruh anak menantu compete sesama, nak menunjuk. Hujung2 sakit sebab hutang.

Quote wadiunong 18-1-2023 02:47 PM
Prickford replied at 18-1-2023 01:40 PM
Ini iolls setuju. Contoh mcm iolls punya MIL. Anak menantu beli rumah, dipaksa jugak si bujang yg  ...

betul tu uols. kita ni dah dimomok2 kan oleh orang2 tua ni penting beli rumah dulu takut merempat bla2. kalau nak beli tu kena ukur baju dibadan sendiri dulu, mampu ke tak bayar monthly. ni kalo dah income pon below B40 monthly, takyah la nak berhutang. saving je byk2. tu lg penting. masyarakat kita ni punya POV, ada rumah & kereta itu pencapaian terbesar dalam hidup, hakikatnya ikat perut tiap bulan sebab nak bayar hutang

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052592 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top