CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Dera Dan Keganasan Rumah Tangga- Risau Bekas Suami Dipenjara, Avaa Vanja Maafkan Dan Tarik Balik Laporan Polis

17-1-2023 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3557| Komen: 33

Avaa Vanja mengambil keputusan menarik semula laporan terhadap bekas suaminya iaitu Amil Sulaiman berhubung dakwaan mendera dan melakukan keganasan rumah tangga sebelum ini.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 43, berkata dia memaafkan bekas suaminya itu kerana perasaannya sentiasa dibelenggu rasa bersalah dan tidak tenang.


Foto: IG

"Sepanjang dua minggu ini hati saya tidak tenang. Saya diserang anxiety kerana asyik memikirkan hal ini. Saya takut dia (bekas suami) boleh dikenakan hukuman penjara kalau disabitkan kesalahan.

"Jika dia kena penjara, saya perlu tanya semula apa niat untuk buat laporan semua ini, jadi lebih baik saya maafkan sahaja. Kemaafan saya buat ini bagaikan satu anugerah terbesar buat saya.

"Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri," katanya kepada mStar.




Terdahulu, Avaa hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin bagi mendengar perbicaraan kes berkenaan.

Sebelum itu, Avaa hadir ke Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur bagi menarik semula laporan dibuat dan menyerahkan dokumen berkaitan di mahkamah.

Memandangkan kes ini melibatkan penderaan dan keganasan rumah tangga, Avaa memberitahu timbalan pendakwa raya berhak untuk meneruskan perbicaraan.



"Jika perbicaraan diteruskan, saya tiada masalah untuk beri kenyataan. Malah laporan yang saya buat selama ini pun betul cuma bagi di pihak saya kes ini selesai kerana laporan ditarik semula.

"Apa yang berlaku pada masa akan datang saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Negara kita juga ada undang-undang. Semoga dia juga diberikan hidayah Allah," jelasnya.



Untuk rekod, Avaa dan Amil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.

Pada Oktober 2021, Avaa membuat laporan polis berhubung penderaan yang dilakukan oleh Amil terhadapnya dan anak mereka.



Pasangan ini kemudian sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Februari 2022. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 17-1-2023 09:25 AM
gmbr first sekali pandang mcm arwah kak dib
Quote DARSITA 17-1-2023 09:46 AM

LAin orang lain case. Avaa ni bf kaki pukul husband pun kaki pukul ...

Ziana Zain mungkin tak dpt memaafkan ex-husband dia.
Quote dudaberhias 17-1-2023 09:50 AM
ada tengok heshe berlakon... elok la kembali berlakon...
mujur heshe dah buang ex shuben tu jauh2... jangan rujuk kembali sudah...

dah la kaki botol lepastu panas baran pulak tu...
Quote prettyuglybabe 17-1-2023 10:33 AM
patut la semendang dapat laki kaki pukul..
Quote 3chanceno 17-1-2023 11:14 AM
Ko kesiankan dia kalau masuk penjara, tapi ko tak ingat ke, bila kena bantai, dia tak agak2 nak kasi atau kesiankan ko

Suka hati ko lah labu, ada anak yg membesar, jadilah contoh yg terbaik buat dia.
Quote Burong_Hantuk 17-1-2023 11:15 AM
Sejenis perempuan typical....
Quote marchikobonzo 17-1-2023 11:16 AM
Apoo kak? kau teruskan je for your daughter's justice. biar dia rasa pulak kena dera kat dalam jail tu
Quote emera 17-1-2023 11:17 AM
Ikon wanita bodoh???
Quote hasniey 17-1-2023 11:45 AM
Xde sapa nasihat dia ke?org kaki pukul ni ubatnya mmg masuk penjara
Harini dia merayu2 mintak maaf.melutut,sujud sekali pon
Esok2 dtg baran dia,abes kena pukul bantai.anak2 pon xselamat
Quote hasniey 17-1-2023 11:48 AM
Ai kalau jd anak dia ai akan dendam dgn mak sendiri sbb xbackup anak tp lebih kesian kan bekas laki.
Anak nk tengok kita defend dia.kita backup dia.bukan nya nk tengok org yg mendera dia hidup bebas,tenang xkena apa2 tindakan.
Kalau mcmni, esok2 anak kena dera dgn bf/laki dia pon xnak report polis.sbb mak dia ajar utk maafkan.maafkan & kesian.
Quote Lavender_Violet 17-1-2023 11:51 AM
Ni shuben no 2 dia kan?
Shuben first dia anak VIP dari S'wak tak silapnya...ex KM S'wak
Dgn shuben first pun sheols kena pukul jugak rasanya
Anak yg ni mmg anak dgn 2nd husband eh? Didera oleh bapak sendiri??? Elok bapak mcm ni kasi mati je sperma2 dlm badan dia. Menabur pandai, jaga tak reti
Avaa Vanja ni sbnrnya pelakon ke pengacara? Suam2 kuku je sheols nih..tak pernah mendunia pun
Quote nubook 17-1-2023 11:54 AM
Ayat utk justifikasi tindakan dia tarik report
Quote dineyta 17-1-2023 12:08 PM
suami dia bekas suami amalina ke?
Quote akuMNdia 17-1-2023 12:12 PM
org spesis camni kan cuma bila kena belasah lg sekali lps tarik report tu jer baru dia paham kenapa kaki belasah patut masuk penjara.
Quote AnnaSendin 17-1-2023 02:44 PM
Vodoooo. Spesis menyusahkan polis, buat repot pastu tarik balik. Buat semak meja polis sajork. Haruslah lepas nieyh gomen buat akta anti tarik repot tanpa sebab untuk jaga kemaslahatan badan gomen.
Quote sukacactus 17-1-2023 03:12 PM
Lavender_Violet replied at 17-1-2023 11:51 AM
Ni shuben no 2 dia kan?
Shuben first dia anak VIP dari S'wak tak silapnya...ex KM S'wak
Dgn shuben f ...

Yg tu kena pukul masa couple
Xsempat kawin lg dah tunjuk belang
Quote exclusive_vvip 17-1-2023 03:30 PM
sheols dah kawen baru ke? tanya je..sbb dok tgk kat video dia buat demo thermal blender yg tgh viral skrg ni, dia bertudung labuh dah..member iols la tanya iols asalnyer..sbb tokey thermal blender tu nampak cam alim2..so member iols ingat tu laki dia..I jawab setau iols dia ada la bercerai 2-3 tahun lepas sbb laki kaki pukul..taktau la kot dah kawen lain ke..
Quote aammyy 17-1-2023 03:32 PM
Boleh tak kita buat report tapi taknak abuser dikenakan tindakan? Tujuan untuk buat report sekadar mintak court order takboleh suka2 jumpa kita dgn anak? Boleh ke?
Quote misz_sanggul 17-1-2023 03:38 PM
tringt jumpe die same day filekan divorce ...segerombolan lawyer2 geng hafizah tu teman..siap selfie2 bgambo..die msuk kreta alza trus cabut tdung br kenal owh ava vanja rupenya..cantek tp mmg besarla

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037390 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top