CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Biadab, Dia Masih Isteri Orang' - Caprice Bengang Lelaki Tawar Diri Jadi Suami Puteri Sarah

16-1-2023 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1489| Komen: 6

Baru-baru ini tular video seorang wanita yang juga model sambilan yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri ketiga kepada pengarah Syamsul Yusof.

Malah, video berkenaan turut mendapat perhatian isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana.



Kosmo

Terbaharu, seorang lelaki pula yang menawarkan dirinya untuk menjadi suami kepada Puteri Sarah.

Difahamkan video tersebut dimuat naik dengan tujuan bergurau susulan pelakon tersebut nekad menuntut perceraian daripada suaminya, Syamsul selepas pengarah kontroversi itu selamat menikahi aktres Ira Kazar.

“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulis lelaki berkenaan.



Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menarik perhatian pempengaruh media sosial iaitu Caprice.

Kata Caprice, tindakan individu berkenaan disifatkan sebagai seorang yang biadab kerana Puteri Sarah masih berstatus isteri kepada Syamsul.


IG

“Bagi Caprice ini agak biadap! Korang tak belajar ke apa? Dia (Puteri Sarah) masih isteri orang,” tulisnya.

Caprice berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Stories sambil memuat naik gambar individu berkenaan.





Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 16-1-2023 11:13 PM
Hmm..bideo tergelek2 pakai singlet rambut berkepuk2 seorang isteri utk tontonan umum kategori apa, wahai setat topinasik?
Quote gideoncross 16-1-2023 11:35 PM
Bising plak sorg ni, diam2 dh lh, x pndai nak duduk diam2 ke?
Quote DeLuna85 17-1-2023 12:36 AM
Ke kau pun nak???
Quote citijulea 17-1-2023 01:27 AM
Ttibe timbuii.xde sp tanya ????
Quote Farnor 17-1-2023 01:39 AM
Wakakaka jika sarah single sdah semestinya lelaki2 kat luar sana berbaris nakkan sarah. Tak kira lah tua atau muda.. Apa lg umr sarah d katakan kertu..masih berbisa mahh! ,cantek,baik,brkrjaya ada pakej yg d idamkan lelaki2. Apapun moga sarah sntiasa happy.
Quote AnnaSendin 17-1-2023 02:55 PM
Gurau sajork pon. Manjang nak serius hidup topinasi pakcik bawang nombor syatuuu malaya.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.086801 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top