CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akui Terbeban, Bunga Isme Selalu Rasa Nak Berhenti Belajar

16-1-2023 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 637| Komen: 0

Penyanyi hip hop, Bunga Isme mengaku terbeban dengan komitmen yang ditanggung sehingga terfikir untuk tidak meneruskan pengajian.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berkata, rugi baginya untuk berhenti kerana tahun pengajian hanya berbaki setahun sahaja lagi.


“Memang rasa terbeban, selalu rasa tak boleh sebab ada komitmen, ada karier yang kena kejar sebab kalau tak kejar, macam mana nak tanggung komitmen.


IG Bunga

“Selalu saya rasa nak berhenti tapi saya tak mahu berhenti sewenang-wenangnya, saya akan tanya keluarga, kawan-kawan dan orang yang bekerja sambil belajar dan mereka cakap rugi kalau saya berhenti kerana hanya tinggal satu tahun sahaja lagi. Jadi saya tak jadi berhenti,” kongsinya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Bunga meluahkan rasa syukur apabila impian 2023 bakal tercapai kerana akan berpindah ke rumah baharu yang dibelinya tahun lalu.


Malah, penyanyi lagu Intan Payung ini turut menyarankan rakan seni yang ingin membeli rumah agar mempunyai simpanan secukupnya.

“Impian saya untuk 2023 ini adalah untuk habiskan pengajian ijazah dan juga pindah ke rumah baru. Tahun ini saya nak pindah bersama ibu saya dengan rumah yang saya beli.

“Ibu saya seorang ibu tunggal, saya pula anak bongsu jadi saya tinggal dengan ibu sahaja. Kakak dan abang semuanya telah bekerja. Yang paling bujang dan ada masa adalah saya.

“Alhamdulillah, kakak saya sarankan untuk beli rumah dulu supaya selepas tamat belajar, saya dah ada rumah. Jadi saya buat keputusan untuk beli rumah.

“Susah sikit sebab tiada slip gaji dan saya wajarkan anak-anak seni di luar sana yang nak beli rumah siap-siapkan ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebab kalau tiada pun, kita kena ada simpanan yang boleh dipercayai oleh pihak bank,” jelas Bunga.

Pelantun lagu Buai ini juga turut berpesan agar sentiasa meluangkan masa bersama keluarga.

“Sebenarnya saya rasa sangat bersyukur, beza umur saya dan kakak adalah tujuh tahun, jadi hubungan agak renggang.

“Di usia saya sekarang ini saya harap adik-adik di luar sana rapatlah dengan keluarga. Apa pun yang terjadi, keluarga adalah menjadi keutamaan. Baik buruk adik beradik, merekalah darah daging.

“Inilah masanya sebab saya agak nakal dahulu, ini masanya untuk saya membalas jasa ibu bapa dan adik beradik menjaga saya yang nakal ini,” katanya.

Untuk info, Bunga menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 dalam jurusan Pentadbiran Awam secara sepenuh masa.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.027785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top