Pelakon dan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan susulan isterinya, Puteri Sarah Liyana memfailkan tuntutan cerai, pagi tadi.
Cubaan pihak media menghubungi pengarah itu tidak berhasil apabila Syamsul tidak menjawab panggilan dan membalas pesanan WhatsApp. Syamsul sebaliknya, hanya memuat naik gambar dua anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3, hasil perkahwinan dengan Puteri Sarah di Instagram Story, sebentar tadi bersama catatan ringkas: Always love (Sayang sentiasa). Syamsul pada masa sama, turut memuat naik petikan video pendek filem baharu arahannya, The Original Gangster yang menampilkan beberapa pelakon popular seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad dan Hairul Azren. Pagi tadi, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dengan ditemani dua adiknya dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi memfailkan perceraian terhadap Syamsul. Konflik rumah tangga pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 8 Mac 2014 itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya. Syamsul sebelum ini, memaklumkan sedang berusaha membaiki hubungannya dengan Puteri Sarah, malah meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka. Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar Saisi melalui video di Instagram. Pengakuan itu mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu. Sumber: Utusan
|
Samerosie replied at 16-1-2023 11:09 PM
Harap2 ps keraskan hati teruskan dgn saman and cerai. Dia dah mula guna anak2 pula nak kasi lembut ...
Suchi: Cemana dgn penjagaan anak nnt yaa? Harap takde drama rebutan anak laaSian bebudak tu nnt
ADVERTISEMENT