CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Beri Kata Akhir Sebelum Saya Ke Mahkamah' - Ini Yang Akan Berlaku Jika Syamsul Enggan Lepas Puteri Sarah

16-1-2023 10:17 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 22692| Komen: 245|Original author: LilRose

Puteri Sarah Liyana mengakui Syamsul Yusof ada mengirim pesanan menerusi aplikasi WhatsApp mengajak untuk bertemu bagi berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Pelakon berusia 38 tahun itu bagaimanapun berkata, mereka belum bertemu kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran.



Kredit foto: OHBulan

“Syamsul ada beri kata-kata terakhir sebelum saya datang ke sini, tetapi saya tak boleh kongsikan,” katanya kepada XTRA ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Kata Sarah, dia turut meninggalkan kata-kata buat suaminya itu dalam mengharungi dugaan rumah tangga.

“Insya-Allah, doakan semuanya yang terbaik untuk kita,” tutupnya ringkas.

Tidak menolak kemungkinan Syamsul tidak mahu melepaskan Puteri Sarah, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, jika mengikut prosedur, sekiranya Syamsul datang dan setuju maka lafaz cerai itu boleh berlaku pada hari tersebut.


“Kalau umpamanya tak setuju, kita akan teruskan dengan peringkat kedua di mahkamah sama, mahkamah akan rujuk pada Jawatankuasa Pendamai, kedua-dua pihak akan diwakili wakil masing-masing untuk cuba cari jalan.


Kredit foto: IG

“Kalau berjaya, kita akan teruskan dengan cerai. Kalau tak berjaya, mahkamah akan rujuk pada hakam pertama (keluarga), kalau tak berjaya, kita akan beralih kepada hakam yang terakhir iaitu hakam mahkamah. 

"Kita akan mohon pada mahkamah agar beri mandat kepada hakam mahkamah itu supaya sekiranya dia (Syamsul) masih enggan, autoriti lafaz cerai itu diberikan pada hakam mahkamah yang mewakili plaintif (Puteri Sarah),” jelas Akberdin.


Kredit video: IG

Puteri Sarah hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di mahkamah bagi memfailkan tuntutan cerai terhadap Syamsul selepas lima tahun berdepan kemelut rumah tangga. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 16-1-2023 11:26 PM
Apa la kata2 akhir sol tu agaknya. Nanti mesti sarah gunakan tu as senjata dlm mahkamah nnt.
Quote AnnaSendin 16-1-2023 11:36 PM
Alaaaa sarah sporting sikit, share lah kata² terakhir sol ittuew.
Quote Rogue98 16-1-2023 11:59 PM
Kata2 akhir tu tak penting utk Sarah share kut. Dia dah nekad utk bercerai. Harap Sarah tak ubah fikiran....samdol tu cuma takut orang tak tengok movie dia jer tu...
Quote AcikBuncit 17-1-2023 12:06 AM
Lepaskan jelah sol... Permudahkanlah urusan sarah ni... Jgnla ko buat dia turun naik mhkamah pulak.. Cukupla ko seksa dia. Bnyk msa trbuang nanti.. Baik gunakan utk brsama anak2.. Be a real man la.. Telo utk main pmpuan je, bila ada msalah terus xda telo
Quote MeowPARSI 17-1-2023 12:09 AM
Dia akan jd rumit Jika lelaki x mau bercerai,, beri alasan mau bebaik.. Mmg akan ikut process mcm yg peguam tu Cerita..

Mcm kes aku 1 thn ngam ngam br dpt official cerai dgn kos 8500 turun naik mahkamah,, just utk bercerai..

Mula mula buat permohonan nk cerai cara baik,, sbb bekas suami setuju.. Alih alih dlm court dua xsetuju,, dua ckp boleh diselamatkn wpun dia xpernah buat apa apa cara.. Tpaksa lalui process yg mcm peguam Sarah tu cite,, aku tukar permohonan cerai aku pd cerai taklik.. Turun naik court,, sebut an bagai,, saksi bagi keterangan,, setahun lama nya.. Cukup time bekas suami kene naik kandang Court bg stmt,, tetiba dia agree nak cerai cara baik,, mmg babi hahahahha

On the spot tpaksa tukar permohonan cerai ke perse tujuan bersama.. Kene inform bila last kita bsama etc,, wpun x de bersama lansung spjg setahun,, setahun aku terdera duduk bilik kecik dgn anak anak wpun serumah dgn bekas suami,, untuk avoid nusyuz.. Alhamdulillah,, cukup sethn br dapat cerai cara sah,, kengkadang aku rasa mahkamah rendah syariah mcm lemah je.. Slow!! Tempoh setahun yg aku alami,, xsemudah yg Di sangka,, mcm mcm bekas suami buat utk kata aku nusyuz.. Mmg gi laa dibuatnya.. Tu belum lg kes kes court selepas cerai,, tuntutan nafkah anak pun makan masa 7 thn,, damn pathetic
Quote MeowPARSI 17-1-2023 12:10 AM
Hopefully sol x susah kan hidup PS,, cerai laa cara baik,, jadi contoh yg baik utk anak anak..
Quote MeowPARSI 17-1-2023 12:15 AM
Mana de org kawin utk bercerai,, tp kalau dh sampai memudaratkan diri,, bercerai tu tetap Jalan Terakhir wpun di benci Allah,, moga jadi pengajaran dkt Sol jugak utk kemudi rumah tangga,, for me Sol loser! Dia gagal awal awal lg utk perbetulkan keadaan,,

Dah mmg tu Jalan yg ko pilih Sol,, ko tabur je laaa duit ko yg bnyk tu utk protect bini baru ko.. Time Sarah dulu aku jrg jrg nampak stmt yg mengatakan ko protect Sarah Dr ke aman netizen etc,, dari mental tortured.. Skrg sume dh jadi buboq lamboq,, ko nikmati jd laaa fukey ira tu semanis mungkin,,, one fine day!! Aku percaya perasaan ko terbeban especially waktu ko dah nak senja,, wpun anak anak Maafkan ko,, mak ayah ko Maafkan ko,, puteri Sarah Maafkan ko,, deep inside ko terdera sbb kesilapan lampau,, khilaf ko sendiri.. Wait n see
Quote doubleA 17-1-2023 12:20 AM
5 tahun PS bertahan lama tu, kalau teruskan perkahwinan belum tentu sol akan lebih bertanggungjawab, kang di ignore nya lagi, yela keperluan lain bini lain boleh jaga. Semoga PS tabah
Quote doubleA 17-1-2023 12:22 AM
Tapi anak dia syaikhul tu nampak elok budaknya. Semoga tak ikut peel apak, kejar chenta hagong sampai buang makpak, bini dan anak
Quote Heydidle 17-1-2023 01:23 AM
MeowPARSI replied at 17-1-2023 12:09 AM
Dia akan jd rumit Jika lelaki x mau bercerai,, beri alasan mau bebaik.. Mmg akan ikut process mcm yg ...

7 years utk mahkamah settle kan psl nafkah anak???
eee geram nya. Ramai yg bercerai bg feedback yg sama psl mhkmh syariah ni. Mcm siput babi lembab dia. Haahahha .. yg makin terdera emosi ofkos la si isteri.

Ada peguam syariah ni sendiri akui benda sama utk kes cerai dia sendiri. Tp dia kata sbb dia sendiri lawyer syariah, dia dpt settle kes cerai dlm masa singkat. Kira mhkmh x blh nak "game" dia lah.

On a separate note, i doakan u terus bahagia dgn anak2 dunia dan akhirat
Quote Heydidle 17-1-2023 01:25 AM
doubleA replied at 17-1-2023 12:20 AM
5 tahun PS bertahan lama tu, kalau teruskan perkahwinan belum tentu sol akan lebih bertanggungjawab, ...

Agreed..
Kalau sol x nak lps kan pun lbh kpd ego dia je bkn sbb syg n rasa tggjwb pada ps.
Quote Heydidle 17-1-2023 01:28 AM
MeowPARSI replied at 17-1-2023 12:15 AM
Mana de org kawin utk bercerai,, tp kalau dh sampai memudaratkan diri,, bercerai tu tetap Jalan Tera ...

Agreed..
Gembira mungkin, temporary..
tapi bahagia?? Takut dah x merasa from this point till the end of life.. bahagia ni dari dlm hati.
Quote DeLuna85 17-1-2023 01:45 AM
Mahkamah syariah ni tempat yang menyakitkan hati aku sebenarnya. Dan aku percaya ramai wanita lain pun sama.
Quote rainbowrainz 17-1-2023 04:09 AM
MeowPARSI replied at 16-1-2023 04:09 PM
Dia akan jd rumit Jika lelaki x mau bercerai,, beri alasan mau bebaik.. Mmg akan ikut process mcm yg ...

Sebab negara kita mengamalkan sistem.democrazy...tengoklah rakyat amerika sana...wanita disana kena Dera mental Dan fizikal..gila punya sistem
Quote rainbowrainz 17-1-2023 04:14 AM
Sistem democrazy ni drg lebih mengutamakan pihak lelaki Dr pihak perempuan...so paham2 lah ye...sistem ni x boleh pakai dah...ytjt...sistem islam terbaik
Quote mamaida28 17-1-2023 04:36 AM
MeowPARSI replied at 17-1-2023 12:09 AM
Dia akan jd rumit Jika lelaki x mau bercerai,, beri alasan mau bebaik.. Mmg akan ikut process mcm yg ...

setuju saya sendiri melaluinya 2 thn ye turun naik utk tuntutan fasakh. Hakim jenis wat x reti, dpt lawyer pompuan (biro bantuan)..yg paling geram kes dah mula dia x sampai2 geram x pastu hakim kata nanti dtg balik, smp luar nampak lawyer tu saya dah hilang sabar saya terus sembur dia..awak kemana skrg kes saya ditangguh..saya smp x ada cuti tau, cuti x bergaji buang masa..tetiba tukar lawyer dpt lelaki pulak pun mcm tu hakim (masih bilik mahkamah yg sama) tolak bahagi darab semua..tp satu perkara saya nekad buatdan harap jgn kawan2 buat..sbb kes nie asyik tergantung..saya mohon maaf pada allah, saya ckp dgn allah sya x ada nie tp saya terpaksa buat utk dapatkan hak saya..saya calll lawyer tu saya kata kalau kes berterusan begini, hak saya dinafikan sbb semua usaha dah buat (bekas suam buat sambil lewa) saya kana keluar dari islam sbb ini aje cara yg terbaik utk saya..

mengucap lawyer tu.. saya kata balik saya dah penat, semua buat main2. saya dah usaha segalanya tp hakim dan tuan lawyr mcm x kisah.. biarlah saya buat keputusan nie..alhamdulilah allah maha besar tetiba lawyer saya tukar bilik mahkamah dan hakim.. dpt hakim yg baik syukur terus jatuh hukum..Lawyer lelaki tu mmg baik now dah salah sorng hakim mahkamah syariah x salah.. saya mohon maaf pada lawyer tu sbb kenapa saya ckp mcm tu..
alhamdulilah dia faham apa yg saya alami..

Kisah kedua - out topik cerai

sbb dah dpt jodoh baru nak g apply nikah..sbb sijil nikah arwah mak ayah x ada dalam simpanan, kami diarah g ambik salinan..saya g pejabat agama.
saya bg salinan IC mak dan surat mati ayah..ckp nak salinan satu..kerani mahkamah byk hal..saya mohon merayu..mcm2 kata..saya nie giler sikit..time tu ramai org
saya pandang bakal suami ( now suami dah) dgn suara yg lantang..saya ckp pasport masih hidup kan..jum kita pergi nikah di sempadan..
sini susah nak dpt.. kita booked flight terus.. terdiam semua dan time tu lah tetiba bersuara -boleh kami carikan tp ambik masa sikit..
ha boleh punnn...itulah kisah flashback saya heheh

Quote Suchi 17-1-2023 07:14 AM
MeowPARSI replied at 17-1-2023 12:09 AM
Dia akan jd rumit Jika lelaki x mau bercerai,, beri alasan mau bebaik.. Mmg akan ikut process mcm yg ...


Siannya uols mesti trauma kan..
Pastu masa duk dlm bilik tu laki mmg tak penah kacau ke risau plak tetiba dia nk bersama dah lagi rumit nk berpisah lelagi kalau lekat plak anak.

Btw loyer cakap laki bukan boleh suka2 hati nak sebut nusyuz ni tak silap hanya mahkamah je leh kuarkan perintah nusyuz ni kan.

Quote MeowPARSI 17-1-2023 07:26 AM
Heydidle replied at 17-1-2023 01:23 AM
7 years utk mahkamah settle kan psl nafkah anak???
eee geram nya. Ramai yg bercerai bg feedback y ...

Alhamdulillah bahagia sis,, 10 tahun sy me janda,, sy decide kawin lagi.. Tu pun anak dah besar sgt.. Anak yg tanya.. Ibu x nak kawin ke,, agaknya kesian tgk ibu sensorang hempas pulas.. Tp Alhamdulillah sy x terapkan kebencian anak anak dkt ayah landing wpun lepas 8 thn bercerai baru ayah kandung fully jumpa anak anak balik,, dlm tempoh 8 thn tu,, 2x je jumpa anak dkt sekolah.. 10 min.. Bagi rm50.. Sedih mmg sedih laaa.. Tp tu laaa hidup ni mmg kene sabar bnyk,, wpun skrg ayah kandung nya dah Cuba Jalan kan tggjwb apa patut,, sy percaya dia menyesal teruk
Quote MeowPARSI 17-1-2023 07:28 AM
rainbowrainz replied at 17-1-2023 04:09 AM
Sebab negara kita mengamalkan sistem.democrazy...tengoklah rakyat amerika sana...wanita disana ken ...

Hopefully mahkamah syariah Malaysia lebih improve dr masa ke semasa,, or mana mana menteri cakna dgn masalah semasa,, letih turun naik mahkamah,, belum lg defender x hadir,, tarikh baru lg.. Delay lg.. Lepas few time x dtg br boleh buat warran tngkap,, boleh gilerr uii

Lihat semua komen(245)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.078948 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top