Rozita Che Wan atau Che Ta meraih perhatian selepas berkongsi sebuah video di TikTok mengusik suaminya, Zain Saidin. Video yang dimuat naik menerusi akaun suaminya itu telah mencuit hati ramai pihak yang terhibur mendengar celoteh Che Ta.
Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, Che Ta sedang merakam sambil berleter kepada suaminya yang sedang menjamu selera bersama pempengaruh, Nur Khalaf. “Awak semua kena jaga-jaga ya dengan kawan. Orang yang paling dekat dengan kita ialah orang yang akan rembat laki kita. “Mula-mula makan sekali, lepastu makan beradab la. Kau sondol laki aku eh? Hari ini menggatal, eh jangan ambik laki kita ya.. Laki orang lain tak apa,” katanya dalam nada bergurau kepada Khalaf.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pesanan pedas Che Ta berkaitan isu hangat masa kini iaitu ‘menyondol suami orang’. Sekadar info, Che Ta dan Zain berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, sembilan tahun. |
Dolmat replied at 16-1-2023 10:35 AM
Laki mu Tu bukan nyer Ada hasilllllll... Cer kalo BERHASIL... Mau kena madu 4 che ta oi... Ataupun k ...
likilu: Dia ni dulu waktu single takde ...
likilu replied at 16-1-2023 08:58 PM
Dia ni dulu waktu single takde kan bunyi bunyi scandal anak ikan mahupun artis ataupun vip?
Ini lah ...
whimsicalmusic replied at 16-1-2023 10:42 PM
ade je berita scandal dgn suami seseorg dulu tp xtao la benerr ke x heheheh
whimsicalmusic replied at 16-1-2023 10:42 PM
ade je berita scandal dgn suami seseorg dulu tp xtao la benerr ke x heheheh
ADVERTISEMENT