CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minum Arak Berlebihan, Kerap Menangis Dan Berasa Kesunyian- Kim Jong-Un Hadapi Krisis Pertengahan Umur

16-1-2023 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2489| Komen: 32

Pyongyang: Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un sedang mengalami krisis pertengahan umur apabila beliau didakwa melakukan tabiat minum arak berlebihan, kerap menangis dan berasa kesunyian, dakwa pakar.


Pada awal minggu ini, diktator berusia 39 tahun itu didakwa menjalani gaya hidup yang tidak sihat, dengan 'kehilangannya' dari mata umum sekali gus menunjukkan dia sedang menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Mirror Uk melaporkan Dr Choi Jinwook, seorang ahli akademik Korea Utara yang berpangkalan di Seoul, berkata pemimpin itu menghadapi kebimbangan baru mengenai kesihatan dan keselamatan peribadinya ketika menghampiri usia 40 tahun.


Foto: Agensi

"Saya dengar dia menangis selepas banyak minum (arak). Dia sangat kesepian dan dalam tekanan," kata Dr Jinwook kepada Telegraph, menerusi Daily Star.

Laporan itu menyatakan Kim juga mempunyai berat badan berlebihan, seorang perokok tegar dan 'minum minuman beralkohol serta wain seperti ikan di dalam air'.


Diktator Korea Utara itu diberitahu oleh doktor dan isterinya untuk mengurangkan berat badannya dan bersenam lebih kerap, namun pemimpin itu nampaknya tidak mengendahkan nasihat itu.

Dilaporkan bahawa Kim sebenarnya sangat mengambil berat mengenai kesihatannya sehingga jika dia mengembara akan membawa tandasnya sendiri dalam perjalanan yang jarang berlaku ke luar negara.

Ia untuk menghalang pengintip daripada menyelongkar najisnya bagi mendapatkan petunjuk.

Ayah Kim, Kim Jong II, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada usia 69 tahun pada 2011 dan kebimbangan menyelubungi pemimpin tertinggi itu kini mungkin disebabkan kematian ayahnya.

Sebelum kematiannya, Kim Jong Il dilaporkan pernah diserang angin ahmar pada 2008 mempunyai suka menghisap cerut, cognac, masakan gourmet dan juga dipercayai menghidap diabetes serta penyakit jantung.

Anna Fifield, pakar Korea Utara, memberitahu Telegraph bahawa Kim Jong-un mengalami zaman kanak-kanak yang tidak normal dan dinamik keluarga yang tidak berfungsi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 16-1-2023 04:17 PM
Biarlah dia murung...mati sendiri drpd dibunuh musuh.
Quote dani-rox 16-1-2023 04:21 PM
tingat lagu apak dia

[youtube]UEaKX9YYHiQ[/youtube]
Quote sharlenetexas 16-1-2023 04:31 PM
Sebab tu lah gemuk kepam debab mcm babi.


Quote ifanonline 16-1-2023 04:34 PM
lebih baik di mati, baik utk rakyat korea utara
Quote primarikey 16-1-2023 04:35 PM
Tang tandas tu aku tingat plak filem2 korea zaman dulu...maharaja dorg membuang dlm mangkuk...pastu ada plak yg tukang check taik tu nt....dr situ bole tau tahap kesihatan maharaja katanya...kembang tekak ok
Quote Adrif 16-1-2023 06:28 PM
primarikey replied at 16-1-2023 04:35 PM
Tang tandas tu aku tingat plak filem2 korea zaman dulu...maharaja dorg membuang dlm mangkuk...pastu  ...

ada cerita komedi ape ntah, tukang cebok bontot diraja pun ada
Quote intan244 16-1-2023 06:54 PM
sesungguhnya Islam itu rahmat. bila xtau tujuan hidup sebenar camni la jadinya.
Quote nolya 16-1-2023 07:15 PM
oyo_miow replied at 16-1-2023 06:55 PM
Kim Jong Un ni silap..Jika ia masuk pertengahan umur dia kena masuk forum cari...isu semasa

Majorit ...

Mcmane ko boleh terlebih tau ni. Mcm tok nujum je boleh tenung dn tau nasib seseorang mll bola ramal. Yg ko ni, awal umur ke, pertengah umur atau dah hujung umur?
Quote wikedsaikel 16-1-2023 08:02 PM
Maybe he is not the real guy. Sebab tu nangis.
Quote gekkou 16-1-2023 09:44 PM
muda lagi tu kalau 39
life begins at 40 kekdahnya bagi lelaki kan
gaya hidup betul2 x sihat diamalkan
Quote Samerosie 16-1-2023 10:10 PM
Tu la kau org semua dah democracy kau takkkkkkkk jugak nak gak jdi diktator komunis.  Cuba kau declare nk mengamalkan at least sosialist, tak de dah hukum2 bunuh bagai lama2 org pun nak kawan tak de la sunyi. Aweks pun berani nak rapat juga.  Tapi jgn terlebih sedut gam, nanti jadi mcm oyo ayooyooo kena lempias fantasy kat cari forum.
Quote cmf_premierleag 16-1-2023 10:11 PM
Kalo murung, cuba la layan lagu2 k-pop dan tonton la k-drama keluaran south korea
Quote cmf_premierleag 16-1-2023 10:19 PM
Maybe acik @hyie bleh tolong redakan kesurupan kim jong un sbb sheols dah belajar bhs korea hari tu
Bleh la borak sama2 dgn kim jong un
Quote becir 16-1-2023 11:24 PM
Cecah 40 ni mmg gitula jadinya..nak2 bila realise that your past is longer than your future. Kena selalu keluar rumah jgn kurung diri sgt...gitew I menasihatkan dak Kim ni...
Quote Meiizu 16-1-2023 11:27 PM
Matilaaaa cepat
Quote Nizleen86 16-1-2023 11:33 PM
Cuba ko sikat belah tepi pulak. Asik belah tengah ja aku tengok pun boleh murung.
Quote mojarean_X 16-1-2023 11:36 PM
Adrif replied at 16-1-2023 06:28 PM
ada cerita komedi ape ntah, tukang cebok bontot diraja pun ada

Ntah nape algorithm iklan kt cari porem kebetulan sama ngan komen chuols terus promote jamban 1000013600.jpg
Quote Suchi 16-1-2023 11:57 PM
Ahh benci bila dh 40 takleh pakai jeans koyak2 nnt acik2 marah
Quote edayildiz 17-1-2023 12:02 AM
kalau sunyi pergi la skendel ke apa..ptt la gemuk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.080654 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top