CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rate Mat Kilau 5 Bintang, Karya Aku 1 Bintang," -Syafiq Yusof Berang Filem Dikutuk

16-1-2023 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3762| Komen: 26

Pengarah, Syafiq Yusof menerima kritikan dengan hati terbuka apabila siri terbarunya, Special Force Anarchy dikritik teruk sehingga dilabel seperti tahi oleh seorang YouTuber.

Adik kepada pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof itu tidak menjangka karyanya mendapat ‘rate’ serendah satu bintang sahaja.


Foto: IG

“Jujur, aku tak expect orang yang boleh rate Mat Kilau 5/5 bintang boleh rate karya aku kali ini 1/5. Serendah itu Zhaf?

“Tak apa aku terima review kau dengan hati yang terbuka. Lain orang, lain cerita. Terima kasih hadir tayangan perdana eps 1 Special Force Anarchy,” ciapnya.


Foto: via XTRA


Bagaimanapun, ciapan terbabit telah pun dipadam.

Berdasarkan ciapan terbaru, Syafiq akur untuk menerima segala kritikan terhadap karyanya dan memperbaiki segala kesilapan.

“Aku memang sepatutnya terima segala kritikan terhadap karya aku. Akan terus perbaiki kesilapan-kesilapan dalam karya di masa akan datang. Maaf semua,” ujarnya.



Menjengah reaksi ciapan terbabit, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap Syafiq untuk tidak mengendahkan segala kritikan.

Pada Jun tahun lalu, Syafiq pernah berkongsi luahan perasaannya di Twitter yang menggambarkan abangnya, Syamsul mempunyai sentuhan magis dalam perfileman seperti bapa mereka, Datuk Yusof Haslam.


“Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda. Aku je yang filem kadang-kadang laku, kadang-kadang tak laku.. Tapi tak apa, rezeki itu ketentuan Tuhan. Yang penting kita jalan terus buat sebaik mungkin,” ujarnya.





Dalam pada itu, bercerita mengenai perkahwinan kedua abangnya bersama Ira Kazar, Syafiq berkata dia mempercayai Syamsul seorang sangat tabah dan mengharungi ujian tersebut. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aammyy 16-1-2023 04:13 PM
Cerita dia yang best bg I - S.A.M.
Desolusi pun agak hambar sebab terlalu byk dialog. Cerita yg ada Elizabeth Tan tu jgn cakap lah. Plagiat. Apa lagi eh cerita yg dia buat? Abg Long Fadil I tak layan
Quote heythere123 16-1-2023 04:40 PM
takpe la syafiq, kadang review si Zhaf tu tak boleh pakai jugak. Mesti la ada personal bias sedikit sebanyak.

Cuma bila org bagi review tu boleh la dipertimbangkan untuk buat baik pulih pada karya yg akan datang.

Iols pon tak layan citer dia atau citer abang dia yg Mat Kilau tu, tapi personaliti dia okay sebab dia tak lagak samseng cam abang dia.
Quote margo20 16-1-2023 04:44 PM
Kalau taknak diperbandingkan cuba cari makan buat mende lain
Quote Prickford 16-1-2023 05:06 PM
heythere123 replied at 16-1-2023 08:40 AM
takpe la syafiq, kadang review si Zhaf tu tak boleh pakai jugak. Mesti la ada personal bias sedikit  ...

But this time i setuju dgn Zhaf. Semalam i tengok episode 1. Mak aihhh... ape gilerrr watak & lontaran dialog Puteri Aishah & Lizzy sebijik sejibun Erra & Jesslyn dalam Maria Mariana, atau macam borak2 Erra & Alice Voon dalam filem Sembilu. Tepuk dahi sat masa tengok tu. Tu belum lagi asik pakai cap the whole episode! Hanya time Puteri Aishah tengah makan dgn ayahnya je dia tak pakai cap. Ini sampai habis episode, buat kerja2 polis, duduk dalam ofis pakai cap! Watak polis lelaki takde pakai cap pon. Ideologi awek pakai cap dah boleh tolak tepi, tak kena & tak cantik utk beberapa scene sebab tak logik. Pastu Puteri Aishah & Lizzy memang sekayu kayan kayu jati! Patut bagi watak sampingan je sampai la dorang betul2 tak kayu.

Quote airmineral 16-1-2023 05:11 PM
xkenal dia ni sape
xtgk cite melayu juga
last tgk cite paskal yg org ckp hebat best sgt tp aku tgk..feeling mehhhhhh[em:9:]
Quote heythere123 16-1-2023 05:25 PM
Prickford replied at 16-1-2023 05:06 PM
But this time i setuju dgn Zhaf. Semalam i tengok episode 1. Mak aihhh... ape gilerrr watak & lont ...

ooo, memanh seteruk itu ya.

Heols tak buat ujibakat ke sebelum ambik heroin tu

Kalau pendapat uols jalan cerita okay ke, maksudnya cuma spoil dekat pelakon gitu? Ke dua2 pon hauk?
Quote bynroslan 16-1-2023 05:35 PM
Ala buat rilek je, rotten tomatoes yang ambil dari macam2 source critics pun bukan boleh pakai 100% ni kan pulak si zhaf tu. cite samsol meletop2 pun ramai je tak minat. tapi agak assaholic gak la si zhaf tu siap letak emoji shit haha letak la muntah ke apa ke
Quote KBW2 16-1-2023 05:40 PM
MK 5 bintang?????
Quote Dolmat 16-1-2023 05:41 PM
Yes please behaved don't misbehave like ur big brother sol TAKDA teloq! Buat maluuuu jer..
Quote Nizleen86 16-1-2023 11:36 PM
Takpa la syafiq oiii..biaq movie hang 1 bintang tapi perangai tak mcm abg hang. Apo guno movie berbintang2 tapi jadi ketua keluarga pun lintang pukang. Pikir la mana yg lagi afdol????
Quote becir 16-1-2023 11:43 PM
Mk 5 Bintang? Biar betul..
Quote awanearisu 16-1-2023 11:52 PM
Belajar dari kesilapan itu lebih baik dari tidak pernah melakukan kesilapan.
Quote rosannazmia 16-1-2023 11:56 PM
sekurang2 nye dia ni ada juga berexperimantasi, pelbagai ceta dia wat..abg dia? kalu x ceta samdol..eh samseng ta.ik kuchiang, ceta agama, tak cukup tonggang ugama, buat pulak ceta nasionalis melaya..itu jela pusing2 samdol
Quote kerani_je 16-1-2023 11:56 PM
Tapi dia ni attitude ok la better dari abang nye. Jenis low profile je die n wife die. Biasa2 je wife die x cantik mcm taste2 sol nk yg artis n seksi je gf nye.
Quote AcikBuncit 17-1-2023 12:16 AM
Kilau 5star seriusla..? . Acik tgk awal2 pn cringe.. Smp skang xhabiskn tgk lg. Btl la lain org lain taste.. Tp acik suka adik dia ni genre filem pelbagai. Sol kalau dia nk buat filem, acik tau dah mesti cter samseng, rempit, samdol, race2 kete, dengan dialog penuh slanga stephen chow.. Taste filem dia btl2 cerminan personaliti dia...
Quote da_lynn 17-1-2023 12:30 AM
Prickford replied at 16-1-2023 05:06 PM
But this time i setuju dgn Zhaf. Semalam i tengok episode 1. Mak aihhh... ape gilerrr watak & lont ...

Hahah i tertengok sikit lepas habis ATNM.
Ada ke gangster bercakap dgn tokan dadah nak nego price "bagi diskaun! Bagi diskaun!"
Dok ulang² sambil acu pistol kat kepala tokan tu.
Tak dpt diskaun marah mcm tak dpt beli eskrem.
Tergelak² masa tgk. Puteri Aishah lagi lah, bercakap takde tone walaupun dok bagi warning ke gangster
Quote dudaberhias 17-1-2023 12:37 AM
terus kan je lah buat filem dan terima kritikan... biasa la tu takkan semua orang nak kena suka... avatar yang box office tu pun ramai jah menci... sama jugak la dengan avengers end game segalanya tu...

setakat dua tiga eko kritik tak perlu la sentap... entah apa2 la producer2, pengarah kat malaysia ni langsung tak boleh kritik macam korang maksum... hujung2 bila penonton tak sokong meroyan pulak filem tak laku...

yang filem hollywood tu takyah citer la di who are yuss kan jer penonton suka ke tak... janji box office....
Quote mamaida28 17-1-2023 04:55 AM
x apa dik inshaallah ada rezeki lain nanti..
Quote lyshafull 17-1-2023 05:44 AM
Who care la about zhaf kuat sentap nie

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.067442 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top