CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Influencer Dipeluk, Disuruh Tolong Lelaki Beronani- "40 Saat Kemudian, Air Mani Terpancut Kena Seluar Saya"

16-1-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2395| Komen: 9

Seorang pempengaruh (influencer) media sosial yang merupakan mangsa gangguan seksual mengumpul keberanian untuk menceritakan kisah hitam yang dilaluinya.

Menurut gadis berkenaan, ketika itu dia sedang berjalan di tempat terbuka apabila seorang lelaki memeluknya dan akhirnya melepaskan air mani pada seluarnya.


Lebih memeranjatkan, kejadian pada 2021 yang menimpa Nina Nobal, 20, itu berlaku pada hari siang di sebuah jalan utama di Joinville, Brazil.

Lelaki itu kini telah ditahan pihak polis tempatan dan dibawa ke muka pengadilan.


Foto: Daily Star

Berkongsikan detik hitam itu kepada 72,000 pengikutnya di Instagram, Nina memberitahu pada mulanya lelaki itu mengugut hendak merompaknya.

Namun begitu, lelaki itu kemudian memaksanya naik ke atas sebatang pokok sehingga dia tidak boleh bergerak dan melakukan gangguan seksual.

"Saat paling kotor seumur hidup, sungguh jijik diri diperlakukan sebegitu," ujar Nina menceritakan perasaannya selepas kejadian tersebut.

Amat menyayat hati apabila wanita itu berkata barangan miliknya mungkin tidak dirompak, tetapi maruahnya telah dicabul.

"Sebahagian jiwa saya hilang pada hari itu.

"Ketika saya ditolak pada pokok, dia memaksa saya membantunya beronani.

"Saya merayu kepada dia, ambillah semua barang yang saya ada tapi jangan cederakan saya," luah Nina.

Nina berkata lelaki tersebut mengancam untuk membunuhnya jika dia melawan dan perkara itu menyebabkan dia terpaksa akur.

"Saya cuba kekal tenang, saya cuma mahu ia berakhir dengan cepat. Kejadian itu sebenarnya berlaku selama beberapa saat sahaja tetapi untuk saya, ia seperti berkurun lamanya.

"40 saat kemudian, saya dapat rasakan dia mencapai klimaks dan air mani kena seluar saya.

"Kemudian lelaki itu menyuruh saya melarikan diri dan jangan menoleh ke belakang lagi," kata Nina kesal dengan kejadian yang berlaku.

Dia berkongsi pengalaman pahit ini untuk memberi amaran kepada wanita lain bahawa 'pada tahun 2021, waktu siang, di jalan yang sibuk, anda masih tidak selamat'.

Memetik laporan UOL, seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditangkap selepas kamera keselamatan diperiksa.

Dia mengaku melakukan jenayah itu tetapi Nina masih tidak berpuas hati dengan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

"Sudah tentu saya lega, tetapi pertuduhan ditukar daripada rogol kepada gangguan dan saya merayu agar jenayah ini dianggap sebagai rogol, bukan gangguan seksual.

"Saya tahu apa yang saya lalui, saya tahu bagaimana ia berlaku dan saya tahu apa yang berlaku," katanya.-CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 16-1-2023 04:23 PM
mat 40sec?
Quote salimrock 16-1-2023 04:59 PM
polis ckp kalo dpt sample air mani, cepat2 la g report polis... buat laporan, jgn balik basuh, terus ke balai
Quote rosedemon 17-1-2023 08:21 AM
pervert dimana2 yaaa
Quote jalfa 17-1-2023 08:25 AM
Aku jemm baca bila elaki itu paksa naik atas sebatang pokok..babi nya jantan..padahal 40 saat je mampoo
Quote Decaffeinated 17-1-2023 09:37 AM
Naik atas pokok? Tak tercapai akal ku
Quote areyam 17-1-2023 10:25 AM
pokok tumbang kut
Quote SWORKS27 17-1-2023 10:27 AM
camana di ajak lanciap atas pukuk dek kau..ishhh..sembang mcm sap bal jugak neh
Quote shernazz 17-1-2023 01:42 PM
Panjat ke atau diankena peluk pokok then mat pervert tu peluk dia dari belakang?
Siot sungguh pervert neh..elok kena dalam jail cenggitu jua
Quote grouper 17-1-2023 01:51 PM
salimrock replied at 16-1-2023 04:59 PM
polis ckp kalo dpt sample air mani, cepat2 la g report polis... buat laporan, jgn balik basuh, terus ...

Mcm si saiful dlu la...simpan bukti x basuh bontot kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078562 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top