CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cukuplah 9 Tahun," - Tarikh Sebutan Kes 7 Mac, Sehari Sebelum Ulang Tahun Perkahwinan Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof

16-1-2023 01:20 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6355| Komen: 73|Original author: Saiful

Cukuplah sembilan tahun, Puteri Sarah nekad fail cerai.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.


Kata Sarah tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu dilihat signifikan kerana hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.


Foto: IG

"Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan mahkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.

"Syukur Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki," katanya kepada mStar.

Sarah turut menegaskan dia bukanlah anti kepada poligami, tetapi dia bertindak menuntut cerai kerana kecewa ditipu oleh suami.


Foto: mStar


Kata Sarah lagi, segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri nampaknya tidak berhasil.

"Sebenarnya poligami itu indah sekiranya suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya ditipu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri.

"Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, berjumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan," jelasnya.


Foto: mStar

Sarah menyifatkan doanya sewaktu mengerjakan ibadah Umrah telah dimakbulkan oleh Allah.

"Hari itu masa saya pergi umrah dan saya minta Allah tunjukkan jalan dan Allah memang dah tunjuk semua.

"Bila kita solat istikharah dan bila kita nak buat sesuatu, Allah permudahkan dan rasa tenang hati, dan maknanya inilah petunjuk yang Allah dah bagi," katanya.



Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 16-1-2023 02:11 PM
ok ler tu. PS dah boleh stop reply komen samdol tu..
Quote Carcosa 16-1-2023 02:11 PM
Haiyoo, tukor lah gambar PS yg 1st tu, tak lawo, hehe.
Byk lagi lawo2 gambar nyo. Good luck PS!
Quote virgocircus 16-1-2023 02:21 PM
Yes, it's time to let go. All the best ps.
Quote _blackbird 16-1-2023 02:26 PM
berapa umur summayah ni sebenarnya? td thread sebelum masuk court td tulis 3, ni si sepol tulis 5 pulak. bila masa summayah 4 thn?
Quote msdummy.2018 16-1-2023 02:26 PM
Just keep walking and never look back. Go gurl. U deserver much better. 4thn tuh lama sgt. But better rather u stay in toxic marriage 4evee just tuk perthnkan lelaki xguna tuh.
Quote OsHiN_hOnEy 16-1-2023 02:27 PM
Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

one of the saddest celebs divorce for me
semoga hari2 yg mendatang, Allah hadirkan yg baik2 utk sarah dan anak2
Quote QueenIsolde 16-1-2023 02:28 PM
PS nampak mcm betul2 puas hati ng segala usaha yg dia dh buat utk defend perkawinan dia..now masa utk dia fokus diri sdiri dan healing. Moga Allah permudahkan urusan PS, anak2 dan famili.
Quote Chah21 16-1-2023 02:28 PM
OsHiN_hOnEy replied at 16-1-2023 02:27 PM
Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu

Pergh mnusuk pulak u letak lagu tu
Quote OsHiN_hOnEy 16-1-2023 02:30 PM
Chah21 replied at 16-1-2023 02:28 PM
Pergh mnusuk pulak u letak lagu tu

tadi shin tengok youtube
majlis gilang gemilang perkahwinan dorg
betapa sayang dan cintanya mereka

tapi tu lar semua pun pinjaman
masa umrah ada lar tu doa2 yg sarah dah tadahkan
yg Allah dah jawap, mungkin bkn manis seperti yg diharapkan

Allah jua tahu kekuatan setiap hamba yg diuji dear
Quote orkidorkido 16-1-2023 02:31 PM
Cantik pula dia hari ni, less make up.
All the best sarah, never look back.
Quote melinda_kerr 16-1-2023 02:49 PM
all the best sarah... sedih tgk video die duk menjawab soalan2 tk guna dan tak sensitif dr wartawan. nak taknk kena jawab walaupun perit. walaupun dah failkan cerai mesti ada sikit tinggal sisa2 rasa sayang tu. tpi kena move on sbb suami kaupun bukan nya nk pertahankan marriage tu. lebih pd ego. sorry to say lah. tk kuasa dah aku nk pg tgk filem2 sol tu. kalau dekat korea selatan mesti sampai tk dpt cari makan dah. semoga yg baik2 aje untuk sarah dan anak2. you deserve to be happy again.
Quote shida81 16-1-2023 02:49 PM
Dunia ni pinjaman... Dulu janji sehidup semati.. Sekali Allah bolak balik kat ati sekejap je berubah... Pandang pun da x mau
Tp at least ps da buat sebaiknya... Sampai sudah si sol x pujuk2... Mmg dah x mau la tu.. Ms nk ritu bukan main beria2.. Dah x mau bukan tau nk pulangkan elok2... Bini jugak keluar masuk medsoc pggl laki keluar Dr gua.. Bini jugak turun naik court file cerai...
Dah membebel ak x pasal2
Quote epal_putih 16-1-2023 02:53 PM
Time dia jd suri rumah.. mesti sgt sedih dgn Sol begitu
Bila dh kerja balik dia sgt happy jumpa org..
Dia pon dh buat macam²
So, Sol lepaskan dia...
PS berhak dpt yg lebih lg
Quote Zazama 16-1-2023 02:54 PM
Iyelah dik sarah. Semoga pengalaman ini mematangkan semua pihak. Cukuplah juga beri sebarang penyataan demi penyataan. Demi kebaikkan semua.
Quote Nham22 16-1-2023 02:57 PM
Kalau setahun 2 mungkin die akan merasa kehilangan sol bila mase tuu die mulakan langkah... Rase xboleh hidop tanpa sol...
Tp dh 4 nak masuk 5 tahun rasenye die lebih steady kalau xde sol dlm hidop diepon die xde effect....sebab sol dah lame tinggalkan die.. Die dh mula terbiase... Dan dah lali...
Mesti die rase lega.. Beban tanggungjawab sebagai isteri kepada sol dah takde lepas ni...
Quote Nnasda53 16-1-2023 03:06 PM
Buatlah yg terbaik untuk diri sendiri.
Move on jgn di sebut2 lagi sesuatu yg menyakitkan.
Moga kehidupan ps dan anak2 sentiasa Allah swt permudahkan.
Quote Nnasda53 16-1-2023 03:11 PM
OsHiN_hOnEy replied at 16-1-2023 02:30 PM
tadi shin tengok youtube
majlis gilang gemilang perkahwinan dorg
betapa sayang dan cintanya mereka ...

Betul sgt2 tu Shin.
Iols pun ada tgk video2 TB depa ni nikah kawin bergurau senda.
Nampak depa bahagia sgt2..tgk video si sol ni promote brg PS jual nmpk happy sgt depa.

Tapi tu la mmg benar suami ni hanyalah pinjaman.
Hidup ni di dunia penuh dgn ujian.

Moga baik2 saja buat mereka.

Quote orkid_amani 16-1-2023 03:12 PM
[youtube]bkMT0ulfQdM[/youtube]

Mengapa sukar melafazkan maaf  moga dimudahakn urusan cerai & ada kebahagiaan utk PS & ank2
Quote Sachacha 16-1-2023 03:15 PM
Cantik sgt ps ni..nampak dia dah bersedia..moga yg baik² untuk ps dan anak²

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.039899 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top