CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hana Azraa Belum Ada Kekasih, Tapi Memang Dah Tak Ada Hati Nak Jadi Isteri PU Abu Semula

16-1-2023 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1420| Komen: 5

"Hati saya dah tertutup sangat untuk dia atas apa yang sudah berlaku, namun masih menghormatinya sebagai bapa kepada anak saya, Mateen, itu saja," kata Hana Azraa, usahawan juga bekas isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu.


Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram Story, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir memohon bekas suaminya itu tidak mengganggunya lagi dengan luahan perasaan dan kerinduan, melainkan berurusan kerana anak saja.

Hana ketika dihubungi berkata, dia sudah lama berdiam diri selama ini kerana enggan memanjangkan cerita antara mereka tetapi Abu terus mengganggu dengan luahan perasaan dan kerinduan yang tidak sepatutnya dibuat.


Foto: IG

"Saya dah pernah tegur dan cakap baik-baik kepadanya, tapi tidak diendahkan. Dengan pendedahan di Instagram Story itu, saya harap dia boleh faham dan tidak perlulah mengganggu saya lagi. Saya hanya mahu kami berbaik kerana urusan anak saja dan tidak membabitkan perasaan langsung," katanya.


Hana berkata, dia mahu anaknya, Muhammad Uwais Al- Mateeen, 3, membesar dalam suasana yang baik walaupun ibu bapanya sudah membawa haluan hidup masing-masing.

"Saya memang tak ada hati pun nak jadi isteri Abu semula," katanya.

Menurut Hana, dia hanya memikirkan untuk membesarkan anak-anaknya saja dengan menjalin hubungan baik bersama bekas suami.

Katanya, selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal, dia masih solo dan tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki.

"Fokus saya hanya nak besarkan anak dan menjalani kehidupan bahagia dengan cara sendiri. Apa yang sudah berlalu itu, biarlah jadi kenangan dan saya berdoa agar ia tidak berulang lagi. Saya tidak mahu bermasalah dengan sesiapa. Cukuplah saya pernah membuat silap dulu," katanya.

Terdahulu, nama Hana pernah menjadi hangat dan dikecam hebat warga maya apabila dia berkahwin dengan Abu sebagai isteri kedua pada Mei 2019, sekali gus menjadi 'orang ketiga' dalam rumah tangga Abu dan isterinya, Ain Afini sehingga berantakan.

Bagaimanapun, jodoh Hana dan Abu tidak panjang apabila akhirnya mengesahkan mereka sudah bercerai pada April 2020.

Sejak itu, difahamkan Hana menjalin hubungan baik dengan Abu demi anak lelaki mereka, Mateen yang lahir pada 1 Februari 2020.

Hana yang juga berstatus ibu tunggal ketika berkahwin dengan Abu, turut mempunyai seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 7, daripada perkahwinan pertamanya.

Kini Abu bersama isterinya, Ain Afini bahagia dengan dua anak lelaki dan difahamkan juga Ain kini sarat mengandung anak ketiga mereka.

Sementara itu, semakan di Instagram Abu mendapati dia ada membuat perkongsian di Instagram Story dengan memohon maaf kepada semua serta mengambil pendekatan berdiam diri.

"Maaf ye semua. I will keep silence (saya akan berdiam diri) untuk semua ini. Because i know both of them (Sebab saya kenal mereka berdua). Cuma dalam hal ini, Ain Afini langsung tidak terlibat sebenarnya. Between me (Antara saya) dan Hana Azraa saja. Doakan dengan doa yang baik-baik ye," tulisnya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 16-1-2023 07:16 PM
Kemain abu speaking yach
Quote mamastoney 16-1-2023 09:01 PM
Edited by mamastoney at 16-1-2023 09:05 PM

Korg bertiga ni mmg bermasalah. Si babun salah sbb masih tergila2kan jandanya dan at the same time memperbodohkan bini sendiri kengkonon dia cuma sayang si ain. Ain pun bodoh sbb in denial.. pcaya babun ni setia kat dia dan duk salahkan hanat je, pdhal dia sendiri tahu abu tu tergila2kan hanat. Hanat plak bodoh jugak sbb at the first place ko yg terhegeh2 nak kat somi org sampai sanggup bg puki free, bg duit kt jantan kepam busuk tu walhal belum nikah time tu. Then ko gi sebarkan gambai ain tk bertudung, pastu pernah cerai kan sekali dulu tp rujuk semula sekejap, ko sendiri share semua kt ig story ko kan.... so kesimpulannya ketiga2 ni bingai. Yg betina 2 org duk kejar kote hitam si babun yg perasan kengkonon dia jd kegilaan jemaah lain. Muka mcm jamban, perasan lebih. Ain lak, ko dah tau laki ko sangap puki (specifically puki hanat), ko biar je laki tak guna ko duk sorg2 kerja kt makkah/madinah sana. Bila dia dah kemaruk puki, nak cr channel halal xleh sbb bini jauh kt msia. Tu yg dia duk teringat si birah tu. Ko yg pilih berjauhan dgn babun, so hadap je lah ain woo. Pastu aku rs postings hanat birah tu kt story dia just nk bgtau org psl perangai sebenar babun, yg si ain ni terasa apesal lak, bukan si hanat tu dm dia ponn... so ketiga2 ni mmg boleh dianggap penonggeng agama, berniqob, berserban, berjubah bagai tp perangai semuanya hauk to the max!
Quote rosedemon 17-1-2023 08:29 AM
mamastoney:    Edited by mamastoney at 16-1-2023 09:05 PM  Korg bertiga ni mmg bermasalah. Si babun salah sbb masih tergila2kan jandanya dan at the same time mempe ...


maleh nak baca komen ko sampai abes tpi aku setuju. bingai kuasa infinity
Quote vanillaninja 17-1-2023 08:40 AM
Lupa dah I muka si Hana ni macam mana. Ke memang berpurdah dari dulu.
Quote umbut 17-1-2023 09:01 AM
Padan muka pu abu dan pu kambing dapat ex bini no 2 psiko.. nasib baik bini 1 terima balik.. terpaksa jilat balik

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046907 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top