CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Shooting Berhari-Hari, Baca Skrip," Sarah Suhairi Rasa Penat Melampau Kalau Berlakon, Lebih Minat Menyanyi

16-1-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1304| Komen: 5

Menyedari keperitan perlu ditempuh dalam bidang lakonan, penyanyi Sarah Suhairi, 23, tidak memasang niat mengubah haluan kerjayanya.

Biarpun pernah membintangi drama Sis Cuba, Salam Squad 2.0, Pak Kodi 5G dan Geng Big Stage Beraya, Sarah berkata, cabang seni mempunyai ranjau tersendiri.


Juara program realiti, Big Stage musim pertama itu menyifatkan lakonan adalah bidang memenatkan dan memerlukan minat mendalam.


Foto: IG

"Kerjaya pelakon amat memenatkan. Situasinya sangat berbeza berbanding bidang nyanyian.

"Ini kerana saya sampai satu tahap tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan kepenatan ketika penggambaran.

"Apa yang dimaksudkan penat bila terpaksa menunggu lama dan menjalani penggambaran selama berhari-hari. Kemudiannya, saya perlu membaca skrip dan buat olahan agar lakonan menepati kehendak pengarah.



"Menelaah skrip sebelum diterjemahkan di hadapan kamera adalah sesuatu sangat berbeza buat saya.

"Jika ada minat mendalam, saya rasa seseorang pelakon mampu memberikan lakonan terbaik dan tidak berasakan proses penggambaran yang lama sebagai bebanan," katanya kepada BH Online.



Dalam masa sama, anak kelahiran Rawang, Selangor itu mengakui masih belum cukup matang untuk menggalas peranan sebagai pelakon.

Malah, Sarah berkata, fokus utamanya untuk membina nama dalam bidang nyanyian.

"Buat masa ini, saya belum ada kemampuan menjayakan sesebuah projek lakonan. Saya belum dapat menguasai watak diberikan dengan baik.

"Tidak nafikan bakat boleh diasah, tetapi memerlukan masa agak panjang. Saya mahu memberikan perhatian lebih kepada bidang nyanyian.



"Namun, jika berpeluang menjayakan projek lakonan pendek mungkin saya akan mempertimbangkan," katanya.

Bagi penyanyi lagu Nyawa & Raga dan Rise & Fall itu, dia akan terus mempersiapkan mental dan fizikal supaya mampu bertahan dengan onak duri sepanjang bergelar anak seni.

"Saya akui bukan perjalanan mudah untuk berada pada tahap ini selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia seni.



"Banyak perkara berlaku dan saya mengambilnya secara positif kerana ia membantu mematangkan insan bernama Sarah Suhairi ini.

"Jadi, apa sahaja perkara negatif diletak ketepi. Namun, saya tidak kisah minta maaf dan tidak mengulanginya lagi jika melakukan kesilapan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 16-1-2023 02:37 PM
kalau menyanyi boleh buat duit sampai tua
Quote shida81 16-1-2023 02:45 PM
Elok la ko sedar diri dik
Quote sleepandream 16-1-2023 03:22 PM
mmg betul pun... arwah adibah noor pun penah ckp dia tak suka menunggu tak buat apa2... tu dia bawak makanan ajak geng2 dkt set makan sekali sambil tgu turn
Quote TerataiMelur02 16-1-2023 03:24 PM
Takde aura retis pun dia ni. G sambung belajar la SS..jadi macam najwa latiff tu ha..ada keje tetap
Quote rosedemon 17-1-2023 08:28 AM
lahh muka desa xyah la feeling

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.079839 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top