CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Masak Mati Dibom, Suami Isteri Hadapi Tuduhan Membunuh

16-1-2023 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2018| Komen: 18

AMPANG – Sepasang suami isteri yang merupakan suspek insiden serangan bom mengorbankan seorang pembantu tukang masak di Pandan Indah dekat sini pada 29 Disember tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini pagi ini.


Tertuduh, Khor Swee Boon, 33, dan isterinya, Ng Hui Yee, 30, menghadapi tuduhan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama pada 29 Disember 2022 kira-kira pukul 8.55 malam di hadapan restoran Jing Hoe Mei, Jalan Pandan Indah 1/22 melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Cho Lim Fong, 29.


Foto: Kosmo

Kedua-dua pasangan suami isteri itu diwakili oleh peguam bela, RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong, manakala pendakwaan dilakukan oleh pendakwa raya, Nurul Amirah Sam Kamaruddin.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan kedua-dua tertuduh hanya mengangguk kepala memahami pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Rayer ketika meminta supaya tertuduh wanita dibenarkan ikat jamin memberi alasan tertuduh mempunyai dua anak kecil masing-masing berusia tujuh serta lima tahun dan mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkannya.

Beliau turut merujuk kepada kes isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan membunuh suaminya.

Hujah Rayer bagaimanapun dibantah oleh Nurul Amirah dengan menyatakan tiada keadaan khas untuk mahkamah membenarkan tertuduh wanita dibenarkan ikat jamin dan mahkamah tidak perlu menggunakan budi bicara.

Normaizan berkata, mahkamah tidak menggunakan budi bicara dan menetapkan 23 Mac 2022 sebagai tarikh sebutan semula, serahan dokumen, laporan bedah siasat forensik dan kimia.

Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri ditahan berhubung insiden serangan bom yang mengorbankan seorang lelaki di Pandan Indah pada 29 Disember 2022.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Kedah pada Selasa malam apabila sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya membuat serbuan untuk menahan suspek.

Ketika kejadian, mangsa difahamkan sedang cuba memeriksa bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan di atas kereta miliknya sebelum bungkusan itu meletup ketika dia memeriksanya.

Insiden itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di badan serta tangan dan meninggal dunia di Hospital Ampang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-1-2023 12:09 PM
Kamon kaka Nurul Amirah, kerja keras ok? Kasi menang ini case. Sbb lawyer diorang Ahli Parlimen, kang byk plk belit2 konar2, kang tiberrr dia menang.
Gilos lakibini tak pikir anak2 ke camner, masa nak commit crime? Anak kecik2 plk tu. Apa dia ingat, bomb dia tu nanti meletop, tinggal calar2 mcm kucing cako je ke, camner. Ujung2 mati org tu.
Quote matchstick 16-1-2023 12:11 PM
Kenapa Kes samirah boleh ikat jamin ya
Quote sambaldurian 16-1-2023 01:11 PM
Aku xtau apa kesalahan mendiang sampai kena bom, mungkin mmg betul2 salah kt pelaku ke. Tp berharap mendiang 'menang' , sbb aku x suka peguambela tu. Xtau napa.
Quote Cokoro 16-1-2023 01:18 PM
Apa motif dorg eh? Hritu ada terbaca katanya sbb mendiang ada hubungan dgn si isteri. Tp nape si isteri trlibat skali. Pelik jgk
Quote shernazz 16-1-2023 01:59 PM
Masa  buat tak pikir anak
Tibe2 time ni la baru.nak pikir anak khen
Quote Decaffeinated 16-1-2023 02:24 PM
Menarik kes ni walau pun yang terlibat cina. Harap2 acik2 forum rajin update.

Quote KamikuP 16-1-2023 02:31 PM
Tahun baru cina ni tak dapat le sambut dengan anak2 ye dop.. ekekeke
Quote tompie 16-1-2023 03:07 PM
Cokoro replied at 16-1-2023 01:18 PM
Apa motif dorg eh? Hritu ada terbaca katanya sbb mendiang ada hubungan dgn si isteri. Tp nape si ist ...

mungkin laki dia nak suruh bini dia buktikan yang mamat tu bukan boyfren dia..
satu lagi aku rasa mungkin diorang nak takut2kan aje, tak expect the impact so big sampai mati mamat tu..
moral dia, janganlah kacau bini orang.. janda takpe..
Quote sharlenetexas 16-1-2023 03:11 PM
Edited by sharlenetexas at 16-1-2023 03:12 PM

Antara dua darjat banding dgn kes samirah.
Tapi dua2 sama ngeri. Satu bom. Satu lagi henpon meletop dan kena panah.

Quote Sazreena 16-1-2023 04:00 PM
Samirah tu tengoklah apaknya sapa..duit dia pun banyak..yg kopet ni leh la wat wasiat sesiap. Tak berbaloi bunuh org sebb pasangan curang. Just let it gooooooo...
Quote vanillaninja 16-1-2023 04:09 PM
Kesiannya anak2 dah la kecik lagi.
Quote ally9970 16-1-2023 05:03 PM
Apa motif pembunuhan tu?
Quote Belibis 16-1-2023 05:05 PM
matchstick: Kenapa Kes samirah boleh ikat  ...

Tengokla bapaknya sapaaa??..
Quote intan244 16-1-2023 06:38 PM
motif apa motif. media pon pegi la training camna nak tulis berita.
Quote ciksom 16-1-2023 10:02 PM
Ingat bom macam mercun ke ? Masa buat tak ingat anak.
Quote apalancut 16-1-2023 10:32 PM
dah kantoi main kad anak masih kecil. habis tu mangsa tadek keluarga? tadek makayah? kut kalau mangsa tu masih single, dia yang support makayah dia yang dah tua tu.. ada 2 beruk ni pikir?
Quote she 16-1-2023 11:19 PM
Betul lah komer speku tu
Rasanya sekadar bom amaran
Sekali meletop jadi grim reaper
Quote rosedemon 17-1-2023 08:12 AM
sume masok neraka pdn uke ko

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.118290 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top