CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Nasib Skuad Bola Tampar Wanita Melaka?

16-1-2023 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 929| Komen: 8

Jurulatih bagi setiap sukan memang sukar untuk dicari berbanding pemain. Bijak pandai mengatakan sesiapa yang dilatih oleh orang yang betul pasti akan menjadi.

Baru-baru ini, skuad bola tampar wanita Melaka terpalit dengan kontroversi pemainnya ditampar oleh jurulatih selepas melihat pasukannya ketinggalan sedangkan mereka boleh menang.


Jika ditonton pada video yang tersebar, kita dapat lihat jurulatih itu bukanlah memberi penampar tetapi ia dipanggil wake-up call supaya pemain bangkit daripada lena.




Ia disebabkan dalam permainan bola tampar, pemain akan dipanggil ‘tidur’ sekiranya tidak peka dengan permainan atau terkena spike oleh pihak lawan.

Pemain sendiri mengaku bahawa jurulatih tersebut telah bertungkus lumus dari segi tenaga, masa dan wang untuk membawa pasukan mereka mara ke peringkat lebih tinggi.

Kerana jurulatih itulah, anak-anak dapat merasa bermain dengan pasukan handal dan mengetahui bagaimana lelahnya menjalani latihan demi sebuah kemanisan kemenangan.


Si bapa dan pelajar yang terkena wake up call itu tidak pula beriya mahu mengambil tindakan tetapi netizen pula yang berlebih-lebih sehingga mendorong kerajaan dan persatuan mengambil tindakan.

Inilah masalahnya apabila terlalu hendak menunjuk pandai kepada perkara yang kita tak tahu langsung hujung pangkalnya. Apa yang terjadi depan mata, itulah yang dijadikan hujah untuk dijadikan modal mengutuk.

Seperti yang berlaku dalam kisah pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir yang diceritakan di dalam Surah al-Kahfi.

Semestinya terdapat yang tersirat di samping tersurat. Nasi sudah menjadi bubur dan diharap pasukan bola tampar itu berjaya mencari jurulatih yang sama taraf atau lebih lagi untuk membawa mereka ke persada kejayaan.

JURULATIH LETIH
Banda Hilir, Melaka -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 16-1-2023 10:25 AM
Mungkin mengalami nasib yg sama spt zii jia...
Quote gideoncross 16-1-2023 12:35 PM
"Si bapa dan pelajar yang terkena wake up call itu tidak pula beriya mahu mengambil tindakan tetapi netizen pula yang berlebih-lebih sehingga mendorong kerajaan dan persatuan mengambil tindakan".

Nak normalize kn mmbiasakan mnampar anak org lain ke? So yesteryear makpak mnyokong cikgu tmpar mnampar anak, ni buknnya zman 50an.
Quote UMMI_MAI 16-1-2023 02:19 PM
tu laa, sape suh tampar2 muka ... bukan nak latih perisik , komando ...ke memang dah biasa tampar2 masa jadi jurulatih ?
Quote rikiruj 16-1-2023 04:47 PM
Zaman dah berubah.. pengajaran berbentuk fizikal harm dah tak sesuai.. dah tak boleh banding zaman dulu dan sekarang.  Kalau budak tu kaki melawan kurang ajar, tendang je dia keluar dari team, habis cite.
Quote awanearisu 16-1-2023 04:48 PM
Edited by awanearisu at 16-1-2023 04:50 PM
Semestinya terdapat yang tersirat di samping tersurat. Nasi sudah menjadi bubur dan diharap pasukan bola tampar itu berjaya mencari jurulatih yang sama taraf atau lebih lagi untuk membawa mereka ke persada kejayaan.


Amboi. Tinggi sangat taraf jurulatih itu ya. Nescaya kalau tak ditampar, tak majulah sukan bola tampar untuk negara. Dan dalam negara ini, hanya seorang sahaja pakar bola tampar ya.
Quote TOPwind 16-1-2023 08:25 PM
main bola tampa, kan dah kena tampar

tapi jika main bole sepak - lagi teruk kan
Quote Firenzza 16-1-2023 09:54 PM
Apa kaitan kes ni  dgn nabi musa?

Melaka boleh je amik tok laki lana nordin tuh, dia dah sah2 player pro USA, kot2 blh bwk team mlk masuk world cup plk nti
Quote rosedemon 17-1-2023 08:10 AM
sukati ko la acik xda kena mngena

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.106083 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top