CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mexico Haramkan Rokok Di Semua Tempat Awam

15-1-2023 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 824| Komen: 8

Kerajaan Mexico menguatkuasakan satu daripada undang-undang antitembakau paling tegas di dunia yang melarang sepenuhnya aktiviti merokok di tempat-tempat awam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).


Undang-undang tersebut yang mula diluluskan pada 2021 turut melibatkan larangan ke atas iklan bagi produk tembakau.

Beberapa negara Amerika Selatan juga telah meluluskan undang-undang mewujudkan ruang awam yang bebas rokok namun, undang-undang Mexico dianggap yang paling kukuh dan meluas di rantau Amerika.


Gambar hiasan

Undang-undang sedia ada negara itu yang mula dikuatkuasakan pada 2008 telah mewujudkan ruang-ruang bebas rokok di bar, restoran dan tempat kerja.

Namun kini, ia diperluaskan dengan menguatkuasakan larangan di semua tempat awam termasuk taman, pantai, hotel, pejabat dan restoran.

Turut diharamkan sepenuhnya adalah pengiklanan, promosi dan tajaan oleh produk-produk tembakau. Ini bermaksud, iklan rokok juga tidak boleh dipaparkan di dalam kedai.


Selain itu, vape dan rokok elektronik juga tertakluk di bawah peraturan baharu itu, terutamanya di dalam bangunan.

Pengumuman terbaharu kerajaan Mexico itu disambut baik oleh Organisasi Kesihatan Pan Amerika yang memaklumkan bahawa penggunaan tembakau adalah satu-satunya punca kematian di dunia yang boleh dicegah.

Namun, bagi para perokok, mereka meluahkan kekecewaan terhadap undang-undang tersebut yang dianggap sebagai drakonian atau kejam kerana selepas ini, mereka hanya dibenarkan merokok di rumah atau kediaman peribadi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-1-2023 01:06 AM
Bahahhaha. Acah2.
Berani ke nak tegur Chikano2 gengster yg tattoo2 yg sah2 dlm gang tu?
Silap2 kau tegur diorang isap rokok in public, kau digulungnya jadi rokok.
Quote faraway1 16-1-2023 01:25 AM
Malaysia sekadar hangat hangat tahi ayam
Quote Cikti 16-1-2023 06:50 AM
Kerajaan diorg haramkan sbb kes kanker yg meningkat dikalangn muda2..walaupn ada ganja dos ganja yg betul diorg xtau, totap meninggal
Quote namr 16-1-2023 07:15 AM
hisap dadah takpe jgn hisap rokok dek..
Quote sangbara2020 16-1-2023 07:36 AM
makin banyak la aksi2 acara2 tembak menembak di tempat awam....
tegur jek kena tembak...huhu
Quote esbok 16-1-2023 08:54 AM
faraway1 replied at 16-1-2023 01:25 AM
Malaysia sekadar hangat hangat tahi ayam

Ok la takde la tahi ayam sangat dengan arahan yang tak boleh merokok kat kedai makan tu, daku boleh tegur perokok untuk merokok jauh  dari kedai dan mereka takboleh balas apa. Pekedai kekadang pengecut sangat, takut pelanggan tak datang depa yang biar je, padahal kalau org report, pekedai pun kene saman.


Wahai perokok ketahuilah asap rokok korang busuk, bukan rekaan, memang busuk dan memeritkan kat tekak orang yang tak merokok. Boleh jatuh sakit. Bukan sesaja nak menghalau engkorang.
Quote hayrin86 16-1-2023 09:28 AM
OK la nih.. New Zealand pun sama juga..
Quote nononcrux 16-1-2023 02:27 PM
go mexico teruskan, negara yg paling ramai pengguna ganja-gangsterism tetap nak haramkan merokok di public

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075269 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top