CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sistem Sekolah Tak Simpan Data Ke?' - Ibu Bapa Merungut Letih Isi Borang BAP

15-1-2023 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3238| Komen: 42

Meskipun hanya bernilai RM150, namun jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2022/2023 boleh meringankan beban ibu bapa bagi membeli barangan keperluan sekolah anak-anak.


Di sebalik keterujaan itu, segelintir ibu bapa merungut apabila diminta mengisi borang BAP, meskipun sebelum ini Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan bahawa tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi sebelum menerima bantuan tersebut.


Murid-murid Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu teruja menerima BAP pada Januari 2015. — Gambar hiasan

Malah, mereka mendakwa masih terdapat birokrasi sebelum memperoleh bantuan persekolahan itu.

Selain itu, mereka turut mempertikaikan sistem digunakan oleh pihak sekolah bagi mengisi maklumat murid yang dilihat agak ketinggalan.


Tangkap layar komen ibu bapa berhubung BAP tahun ini.

Terdahulu, KPM memaklumkan, peruntukan BAP itu dikreditkan ke akaun sekolah dan ia akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

Katanya, sekolah diminta mengagihkan wang itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan itu.

"Tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

"KPM juga tidak menyediakan sebarang talian khusus. Segala penjelasan lanjut berkaitan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM," kata KPM.


Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Rompin, Pahang menerima baucar RM100 bagi Bantuan Awal Persekolahan pada Februari 2013. — Gambar hiasan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 15-1-2023 09:27 PM
Sikit2 merungut...org nak bagi duit pun merungut..kalo taknak duit tu,takyah isi borang
Bende bukan susah mana pun..isi borang je punnn...tu pun dikira susah..parents bongok
Quote cmf_shya 15-1-2023 09:27 PM
Skit ja maklumat yg mnta..mngada2..
Quote dua_chzy 15-1-2023 09:28 PM
1. Betul la tu takda borang.

2. Sekolah weol buat borang akuan penerimaan saja bukti black and white pelajar dah dapat duit.
Quote jejaka_hensem 15-1-2023 09:34 PM
Tak dapat bantuan merungut,
Dapat bantuan merungut kena isi borang pulak.
Dasar mak bapak tak reti bersyukur!
Globok!
Quote faraway1 15-1-2023 10:16 PM
Tak mau isi borang sesenyap ajelah, tak perlu ambil duit
Quote Yunho 15-1-2023 10:21 PM
Tak yah isi kalau tak nak..tak paksa pun...ni rm150 pun berebut kebulur...
Quote Tunan 15-1-2023 10:37 PM
Tahun ni kan dah takda borang
Cuma tandatangan terima duit je
Sekolah tu je saja suh isi borang la ni
Quote Tunan 15-1-2023 10:39 PM
cmf_shya replied at 15-1-2023 09:27 PM
Skit ja maklumat yg mnta..mngada2..

Ibu bapa tu merungut sbb dia kata kena cop pengesahan .. jumpa ketua kampung
Mmgla leceh
Quote Suchi 15-1-2023 10:51 PM
Oh ada isi borang ke? Anak iols takde pun dapat lg tp katanya minggu lepas byk sekolah dh dapat.
Iols pun tak teringat pasal duit nih ingatkan masa bulan 3 nnt baru dia dorang bg rupanya skrg juga.
Quote Leonclay 15-1-2023 11:17 PM
Yg BAP ni xde borang. Yg kena isi borang tu utk bantuan buku teks & lain2 bantuan.. tu mmg siap kena bg salinan slip gaji etc.. mungkin parents dh tersalah komen la tu sbb BAP & borang bantuan buku teks ni dpt dlm masa yg lbh kurang je
Quote snowflakes 15-1-2023 11:43 PM
Setiap tahun memang kena isi borang... mana la tahu gaji naik ke... kurang ke... parents meninggal ke... tambah anak ke... jadi yang layak akan dapat bantuan... jangan malas isi borang ye...
Quote mehmet 15-1-2023 11:49 PM
Kena bawa pen & IC parents
Quote stingerpressor 16-1-2023 04:01 AM
Ini bukan soal tidak ada data...tapi utk pastikheun pelajar masih memerlukheun bantuan...dan para ibu bapa juga harus ingat this is not your damn ENTITLEMENT......dan ko juga harus ingat there may be others yang lebih memerlukheun tapi oleh kerana mereka belum.ada dalam list penerima sebelum.ini...may be deprived of this bantuan....gara gara celaka macam korang yang assume bantuan ini hak mutlak korang forever...

Pala boo toe ler...

Isi borang pun banyak rewelnya
Quote asfaz 16-1-2023 06:59 AM
snowflakes replied at 15-1-2023 11:43 PM
Setiap tahun memang kena isi borang... mana la tahu gaji naik ke... kurang ke... parents meninggal k ...

Bila tak dpt bantuan salahkan cikgu2. Walhal setiap awal tahun cikgu dah suruh update
Quote meya 16-1-2023 07:21 AM
Tiap-tiap tahun sekolah anak aku pun suruh update info.  Siap minta slip gaji bagai.  Nak buat apa?  Bukan dapat babtuan apajadah pun.

Yang ini dah gomen kata tak perlu isi apa-apa borang apajadah sekolah suruh isi.  Kenapa?  

Kalau ibubapa tak nak isi korang nak ambil duit tu ker?  Benda ni atas budak sebagai pelajar sekolah bukan pasal ibubapa dia …tak kisahlah kaya ker tak kaya ker yang bagi korang perlu ker tak perlu ke …ni duit untuk budak tu.

Dia nak buat apa lantaklah!

Duit budak duit budak kenapa nak menyusahkan pulak nak isi borang bagai ni?  Kot tulis nama dengan kelas lainlah cerita ni nanti macam2 benda pulak nak.  Siap no cukai pun nak apahal?
Quote Cokoro 16-1-2023 07:25 AM
Memanglah manusia suka merungut. Tapi memang kadang serabut pun kena isi borang. Kena cop2 plk
Quote meya 16-1-2023 07:30 AM
Ramai betul yang suka isi borang rupanya.  Memang respeklah kat korang.  Mesti selalu dapat bantuan ni.  Tu yang rajin tu.  

Punya susah nak dapat tandatangan mangkuk mangkuk ayun yang berhornat tu.  Aku respeklah sape yang sanggup macam bodoh kejar diorang ni minta tandatangan.  

Aku dah kena dan aku dah serik.
Quote sangbara2020 16-1-2023 07:32 AM
sekolah anak aku suh isi borang...
maleh nk ambik sign bos jek....tu maksaklah ehhh
Quote mejaputih 16-1-2023 07:36 AM
meya replied at 16-1-2023 07:30 AM
Ramai betul yang suka isi borang rupanya.  Memang respeklah kat korang.  Mesti selalu dapat bantuan  ...

Tu la kan..utk sebarang perubahan baru update..mcm iols laki bini mmg takkan dpt bantuan so iols rasa x perlu la update, maintain mcm thn2 lepas sbb yg thn2 lepas letak gaji yg mmg takkan dpt...kalau ada update cth hilang pekerjaan, gaji dah sikit sbb biz dah x kencang, kematian parents etc wajib la update...tp maybe ada sebab kot dorg wajibkan update tiap2 tahun utk yg tak berubah maintain x boleh bantuan ni..Allahua'lam...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038645 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top