CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Semoga Allah Mengampuni Dosaku' - YouTuber Terkenal Korea Selatan Tunai Umrah

15-1-2023 08:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2119| Komen: 17

YouTuber terkenal Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Jay Daud Kim mendedahkan beliau menunaikan umrah dan gambarnya memakai pakaian ihram tular di media sosial baru-baru ini.

Daud pernah menggemparkan dunia peminat K-Pop selepas berhijrah masuk agama Islam pada tahun 2020 sejurus insiden 9/11 di mana masyarakat dunia menggangap Islam sebagai pengganas.



IG

Malah, isteri Daud, Mia turut melafazkan syahadah selepas itu.

Difahamkan ini bukan kali pertama Daud yang mempunyai 4 juta pengikut di YouTube menjejakkan kaki ke tanah suci itu dan beliau pernah berada di Makkah pada April 2022.



Beliau yang berkongsi foto dan ciapan panjang dalam akaun Instagram dengan menyatakan ketibaannya sekali lagi di kota suci Makkah.

"Saya tiba lagi di Makkah. Tempat ini seperti kampung halaman saya, jadi ia begitu damai dan suci," katanya.




IG

Dalam ciapan seterusnya, Daud turut melontarkan beberapa soalan mengenai tujuannya hidup untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

"Mengapa kita dilahirkan? Tujuan kita hidup? Dan ke mana hendak kita pergi?,"

"Kehidupan saya kacau bilau. Saya fikir saya adalah insan tidak bernasib baik sehingga tersesat jalan.

"Namun, saya akan sentiasa mencari jawapannya dan lagi pun saya bukan bersendirian dan seseorang di sisi yang cuma membimbing ke jalan benar," tambahnya.



Dalam hantaran terbabit, Daud mengakui bahawa Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.

"Kepercayaan saya tidak pernah berubah dan tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah utusan-Nya.

"Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosaku dan membimbingku ke jalan yang benar," kata Daud dengan akhir kata yang berharap akan bertemu di syurga.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 15-1-2023 11:30 PM
lama² tgk dia ni
rasa mcm dia ni tunggang nama islam je
just utk pemes


hitamkah hatiku dgn prasangka mcmni?[em:10:]
Quote edayildiz 15-1-2023 11:52 PM
jambu nya muka dia.
btw kalau non muslim blh jer kn kirim doa bila kwn muslim pergi mekah?
Quote sayurmayur88 16-1-2023 07:44 AM
alhamdulillah.
tapi heols pakai gelang batu ke tu?
Quote venom1 16-1-2023 07:50 AM
semoga beroleh hidayah buat beliau
Quote elzy 16-1-2023 08:18 AM
airmineral: lama² tgk dia nirasa mcm dia ni tunggang nama islam jejust utk pemes hitamkah hatiku dgn prasangka mcmni?


Bukan hitam hati kau tapi memang ada cerita tentang dia ni.. Sebelum ni dia ada kes rogol pelancong, bercerai dengan isterinya, Mia, lepas tu converted to Islam, kawin semula dengan Mia, lepas tu ada viral gambar dia minum arak dan berpelukan dengan perempuan dalam night club hingga isterinya minta cerai.. Mia pun revealed tentang Daud Kim ni juga.

Harap dia buat come back betul2 suci bukan sekadar penunggang agama di soc med untuk meraih followers.

Quote Atata 16-1-2023 08:31 AM
elzy replied at 16-1-2023 08:18 AM
Bukan hitam hati kau tapi memang ada cerita tentang dia ni.. Sebelum ni dia ada kes rogol pelancon ...

Mana dah Mia tu? Cerai balik?
Quote elzy 16-1-2023 09:57 AM
Atata replied at 16-1-2023 08:31 AM
Mana dah Mia tu? Cerai balik?

Tak pasti sebab stop follow cerita dia bila kantoi semua tu.. Mia pun bgtau masa tu dia nak cerai sebab Daud dah tinggalkan baby dan anak dia berbulan kalau tak silap..
Quote makita 16-1-2023 10:23 AM
elzy replied at 16-1-2023 08:18 AM
Bukan hitam hati kau tapi memang ada cerita tentang dia ni.. Sebelum ni dia ada kes rogol pelancon ...

Dulu dia buat social experiment sembayang kt tempat org ramai...eee geli la...menunggang sgt n nak viewer je.
Quote makita 16-1-2023 10:24 AM
venom1 replied at 16-1-2023 07:50 AM
semoga beroleh hidayah buat beliau

Hidayah ke faizah ke dia buat utk content. Penunggang sgt.
Quote venom1 16-1-2023 10:26 AM
makita replied at 16-1-2023 10:24 AM
Hidayah ke faizah ke dia buat utk content. Penunggang sgt.

itu antara dia dengan Allah. kita tak boleh nak judge niat dia tu.
Quote shida81 16-1-2023 10:36 AM
elzy replied at 16-1-2023 09:57 AM
Tak pasti sebab stop follow cerita dia bila kantoi semua tu.. Mia pun bgtau masa tu dia nak cerai  ...

Kesian si Mia... Mula2 org tu x nk dia Lg tp dia pujuk2 sampai org tu nk blk kt dia pastu di tinggal2 je mcm tu.. Dgn baby lagi
Quote dekmieDandy 16-1-2023 10:56 AM
dia ni ada kes mabuk pastu rogol orang tu kan

btw dah lama blok youtube dia, memang dia mengharapkan views dari SEA especially hijabis malaysia ngan indon
Quote she 16-1-2023 10:58 AM
Macik pun block dia juga
Pernah tengok dulu dia pergi masjid
Pastu tebiu orang yang jaga masjid tu
Acah2 betul dia macam pejuang agama
Quote elzy 16-1-2023 11:25 AM
makita replied at 16-1-2023 10:23 AM
Dulu dia buat social experiment sembayang kt tempat org ramai...eee geli la...menunggang sgt n nak ...

Betul, video tu pun viral dia kecam..
Quote elzy 16-1-2023 11:27 AM
shida81 replied at 16-1-2023 10:36 AM
Kesian si Mia... Mula2 org tu x nk dia Lg tp dia pujuk2 sampai org tu nk blk kt dia pastu di tingg ...

Exactly, lepas dia remarriage dapat baby baru.. then si Daud tu buat hal kat night club.. Mia kecewa sangat sebab Mia dah start mendalami Islam tapi Daud seolah-olah tak berpegang pada janji.. Macam drama Korea pula..
Quote dua_chzy 16-1-2023 02:15 PM
Dah suci ka heshe dari skendel seks?
Quote TabletSusu 16-1-2023 02:20 PM
siap dia ni sbnrnya?
femes sbb dia utuber je ke?
tiap hari aku jln2 kat utube tu
tp x pernah lg tgk video dia

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.214519 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top