CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 17 Tahun Dicekup, Hamilkan 10 Gadis Sekali Gus!

15-1-2023 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1599| Komen: 11

Didakwa menghamilkan 10 gadis sekali gus, remaja lelaki berusia 17 tahun akhirnya dicekup pihak polis.

Suspek merupakan seorang lelaki berasal dari Nigeria yang ditahan bersama tiga lagi rakannya terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita.


Difahamkan, mereka terbabit dengan sindiket ‘kilang bayi’.

Menerusi laporan dibuat Pulse, suspek, Noble Uzuchi ditahan selepas pihak polis melakukan serbuan di dua buah rumah yang terletak di Igwuruta dan Omagwa, Nigeria pada 7 Januari lalu.


Gambar Hiasan: The Hill

Dalam serbuan itu terdapat 10 gadis diselamatkan namun kesemua mereka sedang hamil.

Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan bersama seorang lagi suspek lelaki dipercayai dibayar untuk menghamilkan para gadis supaya bayi yang dilahirkan dapat dijual.

Menurut sumber, ketua sindiket ‘kilang bayi’ itu akan menyimpan bayi yang dilahirkan sebelum menjualnya kepada mereka yang berminat.


Difahamkan, setiap gadis yang melahirkan bayi ditawarkan wang sebanyak N500,000 (RM4,800) setiap kali bersalin.

Gadis-gadis berkenaan akui nekad bertindak sedemikian kerana tertarik dengan wang lumayan yang ditawarkan.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan pihak polis masih mengesan pembeli yang terlibat dalam sindiket haram ini. -CARI

Sumber: mStar/PULSE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 15-1-2023 05:32 PM
Herlokk tak remaja lelaki tu?
Quote shernazz 15-1-2023 05:34 PM
Rope mcm chadwick boseman ka atau y'lan.noel ka...
Quote airfilterkotor 15-1-2023 08:24 PM
Atau rupa ala² cip penjahat dalam muvie Capt.Philips.
Quote clarizsa 15-1-2023 08:25 PM
Amboi sakan dia ish ish
Quote Carcosa 15-1-2023 09:49 PM
Nama je Noble, perangai tak Noble langsung
Quote kotakbaju 15-1-2023 10:25 PM
Kemain berangan rupa paras budak nih. Sekali tengok nan hado
Quote Decaffeinated 15-1-2023 10:30 PM
Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan bersama seorang lagi suspek lelaki dipercayai dibayar untuk menghamilkan para gadis supaya bayi yang dilahirkan dapat dijual.

samada hensem, bijak, ahli sukan, nalla ot all of the above.
Quote Jitu 15-1-2023 10:40 PM
teringat citer hell comes to frogtown
tugas hero kena hamilkan wanita2 yg subur sbb manusia semakin pupus
Quote Suchi 15-1-2023 10:48 PM
Ada ka yg nak bayi baka nigeria?
Maybe rupa helok kot budak lelaki tu takpun gadis2 tu kokesen.
So akan hasilkan baby2 yg herlok besar nnt boleh jd model
Quote rosedemon 16-1-2023 08:00 AM
amboi dekkk sonok ko ek hamilkan smpai 10 orang sekali gus
Quote zarulnazmi 16-1-2023 08:15 AM
mojarean_X: Herlokk tak remaja lelaki tu?


Dah ditulis
"Gadis-gadis berkenaan akui nekad bertindak sedemikian kerana tertarik dengan wang lumayan yang ditawarkan. "


Tapi kalau kalau ada yang herlok pasal remaja untuk lebih membuatkan gadis-gadis tu nak sangat barangkali bukan muka dia.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047335 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top