"Alhamdulillah, di usia 64 tahun mak kembali menjadi pengantin baharu. Saya pandang yang baik-baik, Allah datangkan ujian, sebab Allah nak bagi yang lebih indah. Syukur percaturan Allah itu yang terbaik."
Demikian kata usahawan terkenal, Datuk Azril Mohd Radzi, 37, selepas ibu tercinta, Wan Zaiton Megat Othman selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Baharom Othman, 67, di Shah Alam, Selangor, semalam. Menurutnya, suami ibunya itu adalah rakan sekampung di Kampung Felda Guar Napai, Kodiang, Kedah. "Mak berkahwin pada 1981 sebelum bercerai pada 2019. Namun, sejak 2004 mak hidup berdikari selepas ayah kahwin lain. Tak pernah saya terfikir rumah tangga orang tua saya akan tersadai. Melihat mak bersedih masa-masa membesarkan anak-anak, bukan perkara mudah, hati manalah yang tak sama dukacita. "Namun, yang lepas biarlah berlalu. Masa itu saya bangkit pujuk diri, tempoh itu jugalah saya berjuang nak ubah nasib diri, mak dan keluarga.
"Tahun lepas saya bawa mak menunaikan haji. Di Arafah dia berdoa jika masih ada jodoh buat dirinya, semoga pertemukan yang terbaik. Siapa sangka, balik dari haji, mak berjumpa semula dengan Uncle Baharom di Facebook. "Kebetulan ketika itu Uncle juga baru kematian isteri lebih setahun lalu, sebelumnya selama lima tahun Uncle menjaga isterinya yang strok," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya yang juga anak ketiga daripada empat beradik, keputusan ibunya itu disambut baik termasuk anak-anak di pihak lelaki. "Selepas tujuh bulan saling berhubung, barulah mereka ambil keputusan untuk berkahwin. Perancangan ini pun dibuat lebih kurang sebulan lalu. Keluarga kedua belah pihak berjumpa dan berbincang. "Sebagai anak sudah tentu saya seronok. Sekurang-kurangnya mak dah ada teman. Jadi, kami anak-anak tak perlu risau sangat, lagi pula mak selalu cakap sunyi. Terpancar kegembiraan pada wajah mak. "Mak masih sihat, dia tidak ada apa-apa sakit, Alhamdulillah. Mak memang duduk rumah saja, Uncle pun dah bersara dari Felda. Sekarang, mak dah ada teman. Lega dan tak perlu risau sangat," katanya. Beliau berkata, ibunya itu sudah mempunyai sembilan cucu dan sebelah lelaki memiliki lima cucu. Menurutnya, mereka sekeluarga merancang untuk pergi bercuti di United Kingdom bulan depan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Bawang123 replied at 15-1-2023 05:03 PM
Tahniah, moga jodoh sampai ke syurga.
Kira acik ni dimadukan dulu la ye before ambil keputusan cera ...
Nenolen replied at 15-1-2023 05:36 PM
tak bermadu sebb cerai 2019 dan ex-suami kahwin lain 2004...sejak tu nenek berdikari tak susahkan ...
Nenolen replied at 15-1-2023 05:36 PM
tak bermadu sebb cerai 2019 dan ex-suami kahwin lain 2004...sejak tu nenek berdikari tak susahkan ...
shernazz replied at 15-1-2023 06:33 PM
Tahniah...
Dah tua tua mmg nakkan companion kan...
Kawan mak iols.pung..kawen dgn husband baru berja ...
makita replied at 15-1-2023 06:45 PM
Acik ni cantik..cepat je kene sambar. Tu la lama dia suffer. Allah gantikan yg lebih baik, in sha ...
ADVERTISEMENT