CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjual Ayam Tetak Ibu Bapa Sebab Minta Duit Untuk Nikah Tapi Tak Dapat

15-1-2023 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 607| Komen: 1

ACEH – Seorang penjual ayam dikenali sebagai Abdullah yang merupakan penduduk di Gampong Lampoeh Krueng, Aceh tidak sengaja menetak ibu bapanya selepas pemintaan untuk diberikan wang bagi urusan pernikahan tidak dipenuhi mereka, lapor agensi berita ANTARA.


Pegawai polis Kota Sigli, Benny Eka Permana berkata, kejadian bermula ketika lelaki berusia 32 tahun itu meminta wang sebanyak 5 juta rupiah (RM1,423) untuk urusan pernikahannya malam kelmarin.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dapat dipenuhi oleh ibu Abdullah, menyebabkan dia berasa kecewa dan ketika bersama adik lelakinya, dia cuba menghayunkan sebilah parang ke arah saudara kandungnya itu. 


Gambar Hiasan

Namun, parang itu tidak mengenai adiknya. Ia sebaliknya mengenai ibu dan bapa Abdullah dengan mangsa mengalami kecederaan.  

Ketika polis tiba di tempat kejadian, si pelaku masih berdiam diri di rumah dengan memegang sebilah parang menyebabkan pihak berkuasa memintanya untuk menyerah diri.


Namun, dia enggan berbuat demikian dan atas permintaan keluarganya, pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata, kata Permana.

Tambahnya, Abdullah kemudian mematikan lampu di dalam rumah dan melarikan diri ke dalam belukar melalui pintu belakang manakala usaha untuk mengesannya gagal. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-1-2023 07:57 AM
xda duit xyah kahwin la oi dasar pukis

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.038231 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top