Khairulaming meluahkan kekecewaan mengenai perkhidmatan kurier yang digunakan apabila terdapat aduan mengenai botol sambalnya pecah sebaik dihantar kepada pelanggan. Ikon masakan berusia 31 tahun itu menjelaskan pihaknya sudah melakukan satu inisiatif bungkusan produk makanan dalam botol kaca mereka sebaik mungkin.
Bagaimanapun, usaha tersebut dianggap sia-sia kerana masalah tetap berlaku dalam proses penghantaran barang. "Aku stres betul lah. Rasa dah balut bungkusan bukan main tebal macam bantal dah," katanya menerusi ciapan di laman Twitter. Dalam hantaran itu, Khairulaming turut memuat naik dua foto menunjukkan keadaan botol produk sambal yang diusahakannya dalam keadaan pecah. Jika diteliti pada gambar tersebut, ia bukan sahaja tidak lagi boleh dimakan, sambal tersebut dilihat dalam seluruh bungkusan, malah terdapat kesan kekotoran tumpahan minyak.
Membalas ciapan sama, Khairulaming juga menjelaskan bahawa aduan seumpama itu bukan pertama kali berlaku. "Satu persatu pecah. Nak kena balut dengan Toto Narita agaknya,” tulisnya dalam ciapan yang tular. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama selain menasihati Khairulaming supaya menggunakan perkhidmatan kurier yang berbeza. Dalam pada itu, segelintir netizen meluahkan rasa terhibur tentang gurauan 'Toto Narita' dengan berseloroh mengatakan jualan tilam tebal itu pasti 'mencanak' naik. "Cara packaging tuan tu sebenarnya tidak berapa sesuai untuk botol kaca macam tu. "Walaupun tebal, bubblewrap tak boleh nak protect certain type of impact especially sharp pointed impact. "Sampai dah masanya untuk naik taraf bungkusan. Kemudian buat drop test," ujar beberapa netizen. Terdahulu, Khairulaming pernah menceritakan mengenai rasa kurang senangnya apabila sambal yang dijual ditiru oleh peniaga lain yang tidak bertanggungjawab. Sambal yang diusahakan Khairulaming terjual lebih 1 juta unit di pasaran mudah alih, Shopee.
|
ifanonline replied at 17-1-2023 09:55 AM
jgn harap courier nak layan dgn lemah lembut semasa hantaran...yg keje2 di sana pun bukan ada otak
ADVERTISEMENT