Laluan pejalan kaki di tepi jalan raya dibina untuk memudahkan pergerakan orang awam. Ia juga penting untuk keselamatan pejalan kaki kerana jika mereka berkongsi laluan sama dengan pengguna jalan raya lain, sudah tentu berbahaya dan mengundang risiko.
Justeru, timbul kerisauan dalam kalangan warga maya apabila peniaga menggunakan ruang ini untuk memasang khemah dan menjalankan perniagaan mereka. Laluan pejalan kaki yang terhalang oleh 'gerai' menyebabkan orang ramai terpaksa melencong keluar dan menggunakan bahu jalan raya untuk pergi ke tempat dituju. Situasi ini merisikokan nyawa pejalan kaki kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan melibatkan kenderaan seperti motosikal, basikal dan kereta yang lalu lalang. Dalam satu ciapan tular di laman Twitter, seorang warga maya memberikan teguran kepada peniaga yang selamba berniaga atas laluan pejalan kaki tanpa memikirkan kemungkinan risiko.
"Ini la masalahnya. Kaki lima dah tersedia, boom dia buat tempat meniaga. Orang nak jalan kaki kena elak dia. "Kita bising nanti dia kata nak tutup nak periuk nasi pula," kata netizen berkenaan. Netizen lain pula mendakwa peniaga sebegitu sukar untuk ditegur dan akan cuba mempertahankan tindakannya yang dirasakan betul. "Nanti guna kad Melayu berniaga korang nak kacau. "Ada juga yang akan cakap nak cari makan sikit-sikit pun tak kan tak boleh. Kalau macam ni sampai bilanya Malaysia nak jadi negara mesra pejalan kaki. "Kalau kita buat aduan dekat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka kena angkut, mereka akan meroyan cakap ada orang dengki dengan mereka," demikian antara komen sebilangan warga maya. Selain laluan pejalan kaki, warga maya juga berkongsikan bagaimana peniaga menggunakan lot parkir kereta untuk mendirikan khemah perniagaan mereka. "Ada juga peniaga yang buka kedai dekat lot parkir. Kita nak parking kereta macam mana? "Mula-mula seorang je yang buka gerai dekat lot parkir tu, lama-lama nanti parking lot tu jadi medan selera. "Bila parking lot dah tak ada, dia ingat kita boleh tapau ikat tepi kereta bawa masuk pejabat ke," kata sebahagian warga maya. Seorang netizen juga mendedahkan bagaimana ada gerai yang meletakkan kerusi untuk pelanggan di jalan raya sehingga akhirnya kenderaan mempunyai satu laluan sahaja. "Banyak macam ni dekat Kuala Lumpur. Habis semua kaki lima, lepas tu tambah kerusi meja dan pelanggan parking dekat kedai dia, lane jalan pun tinggal satu je. "Kesian juga dekat Orang Kelainan Upaya (OKU) nak bergerak di luar," kata netizen itu. Seorang pelayar juga berkongsikan pengalaman bersama adik iparnya yang merupakan seorang peniaga dan mempunyai tabiat sebegini. "Adik ipar saya buat macam ni. Saya tegur dia jangan ambil hak jalan awam. "Pergi berniaga dekat tempat yang PBT sediakan, mohon lesen dan ambil kursus food handling. "Ambil suntikan Thypoid juga. Tapi akhirnya saya kena jeling dengan adik ipar itu," kata warga maya tersebut. Rata-rata warga maya di bawah ciapan tersebut meminta PBT untuk memandang serius isu tersebut dan mengambil tindakan ke atas peniaga sebegitu. "Ubat dia satu je. Penguatkuasaan kena buat selalu. Bukan nak dekat raya atau hujung bulan je. "Setiap hari ronda. Nampak je angkut. Bagi denda agar mereka boleh belajar," kata netizen. Berkongsi perspektif lain, ada netizen yang berasa simpati dengan peniaga jalanan yang hanya mahu mencari sesuap nasi. "Tapi kesian dekat mereka juga. Mereka nak cari rezeki halal zaman inflasi ni, semua perlukan duit untuk terus hidup. "Dengan bebanan ekonomi semasa, akak tu memang salah tapi dia cuma nak berusaha untuk sara hidup," kata warga maya itu. -CARI Sumber: mStar Online
|
msxx replied at 15-1-2023 03:17 PM
Kalau dia pacak dalam kwsn parking kedai, bila tegur kata melayu tak tolong melayu..
dua_chzy replied at 15-1-2023 05:53 PM
Sah2 duit hasil niaga tu harom kan sebab a) takda lesen, b) menyalahi undang2, c) mengambil hak oran ...
LoveSungmin replied at 15-1-2023 05:55 PM
penguatkuasa dbkl makan gaji buta.. dekat sri permaisuri tu berlambak orang meniaga dekat laluan pej ...
adm7 replied at 15-1-2023 06:55 PM
Kedai2 haram mcm ni wujud sebab ada acik2 bingai yang support dgn membeli barang2 jualan. Patut kena ...
dua_chzy replied at 15-1-2023 05:53 PM
Sah2 duit hasil niaga tu harom kan sebab a) takda lesen, b) menyalahi undang2, c) mengambil hak oran ...
ADVERTISEMENT