CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daging Khinzir Bertaburan Sepanjang Jalan Pokok Tampang - Jangan Buat Spekulasi

14-1-2023 09:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 878| Komen: 9

Daging khinzir yang bertaburan di sepanjang Jalan Pokok Tampang menghala ke Lahar Yooi di sini adalah sisa dari tempat sembelihan haiwan itu yang sedang dibawa untuk dilupuskan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan sisa-sisa daging khinzir yang bertaburan di sepanjang jalan terbabit hingga menimbulkan rasa kurang menyenangkan.



ANTARA gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan cebisan daging khinzir bertaburan di sepanjang jalan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang sejak awal pagi tadi.

Tambahnya, aduan itu diterima sejak pukul 6 pagi oleh Balai Polis Tasek Gelugor dan Sungai Dua di sini.

“Pemantauan di lokasi mendapati terdapat sisa-sisa khinzir hasil penyembelihan di jalan berkenaan seperti yang dilaporkan.


“Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan telah dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Tasek Gelugor, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta kakitangan syarikat terbabit,” ujar beliau.

Siti Nor Salawati berkata, kes itu disiasat mengikut Peruntukan Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (L.N. 166/59).

“Dalam hal ini, polis ingin menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum itu, tular beberapa keping gambar mengenai kejadian tersebut di media sosial hingga ada sesetengah pihak mendakwa ia sengaja dilakukan oleh pihak tertentu atau terdapat unsur-unsur sabotaj. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-1-2023 09:48 PM
The hell berlonggok tersusun gitu ingatkan betul2 la berterabur. Sah2 kabar angin tu betul kan?
Quote sharlenetexas 14-1-2023 09:56 PM
Edited by sharlenetexas at 14-1-2023 09:57 PM

Tak puas hati dgn asf ke?



Quote Belibis 14-1-2023 10:47 PM
Semua benda nak nasihat ' jangan buat spekulasi'...dah tu citer la apa yang sebenernya apa?.
Quote intan244 14-1-2023 11:15 PM
bomba jugak kena bersihkan. sertu lagi. yg jatuhkanla cuci sendiri. camna la nak didik org msia jadi rakyat yg bertanggungjawab.
ntah2x babi sakit afrika.
Quote kotakominami 14-1-2023 11:33 PM
Apesal bila puak tu buat hal kita tk leh bising2...
Quote margo20 14-1-2023 11:33 PM
Klu taknak org speculat cpt cpt la kasi cuci jgn ade bukti
Quote Zeatyisaac 15-1-2023 09:58 AM
Allahu, siapa punya tu yang terjatuh. Entah2 diaorang nak buat stock untuk Chinese New Year. Kesian nya.
Quote Solokkk 15-1-2023 10:04 AM
Edited by Solokkk at 15-1-2023 10:07 AM

Dah la daging babi makin mahal, sampai menteri nak bawak bincang kat kabinet diktator acuan Pak Non PM terpaling marhein . Mohon Pak Non PM terpaling marhein terzuhud untuk check harga2 makanan berasaskan daging babi setiap Jumaat.
Quote stingergrumpy 15-1-2023 10:08 AM
The whole stretch of road...wajib diturap(overlay) semula...

Harammmmmmm kalo terkena roda roda kereta lain yg lalui jln tersebut...


Kahkahkahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.140082 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top