CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Bermotosikal Ganggu Dua Wanita Hingga Trauma Ditahan

14-1-2023 09:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 857| Komen: 1

Polis menahan dua lelaki dipercayai mengganggu dua wanita sedang menaiki motosikal di Jalan Skudai, Pantai Lido di sini seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata berdasarkan siasatan, video kejadian itu dirakam pada 9.42 malam, Rabu lepas.


Kredit foto: Facebook/Polis JB

Beliau berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y16Z dari arah Skudai menghala ke Johor Bahru itu telah mengganggu kedua-dua mangsa sehingga menimbulkan perasaan takut dan trauma. 

"Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dialami mangsa. Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya dikesan dengan seorang daripadanya disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal manakala seorang lagi tidak memakai topi keledar ketika membonceng. 


"Mereka telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS untuk tindakan lanjut. Siasatan lanjut telah dijalankan, namun tidak terkesan apa-apa perbuatan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Raub meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di bandar raya ini.

Baru-baru ini tular satu rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan dua lelaki bermotosikal mengganggu dua wanita yang sedang menaiki motosikal dan perbuatan mereka turut ditegur oleh pengguna jalan raya yang lain.


Sumber: BERNAMA 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 14-1-2023 09:55 PM
Lama tak dgr nama pantai ni kalau ludo pulak adalah sebuah game

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.033885 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top