Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata jika dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan bagi mengelakkan perpecahan, sebaiknya semua jawatan lain juga tidak dipertandingkan. Ismail berkata, sebaiknya keputusan tidak mempertandingkan jawatan itu harus difikirkan semula.
“Bukan soal dalaman Umno saja perlu kukuh sebaliknya parti memerlukan keyakinan rakyat untuk kembali kuat,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC). Beliau berkata, untuk mendapat keyakinan rakyat mahu melihat perubahan dalam Umno terlebih dahulu. “Kalau betul-betul tak nak perpecahan dalam parti tak payah ada pemilihan ketua bahagian, pemilihan di peringkat akar umbi. Sebab jika ada pemilihan berpecah juga, kenapa dua sahaja, kenapa naib presiden kena bertanding, nanti akan ada cakap berlaku perpecahan, ketua Pemuda kenapa bertanding, tak payah tanding lah.
“Kalau nak parti kita kuat, bukan hanya kita dalam Umno tapi rakyat perlu kita tarik bersama…kita yang nak tengok perubahan dalam parti. “Malah kita bercakap soal nak menang PRU, adakah tawaran baru kita kepada rakyat dalam Umno sudah mati?” soalnya. Sumber: FMT
|
leftrani_kel replied at 15-1-2023 06:36 AM
Hisamudin x jadi tanding president ke
stingergrumpy replied at 15-1-2023 06:38 AM
Nak tanding macam mana kalau usul jawatan presiden dan timbalan tidak akan dipertandingan telah di ...
F685 replied at 15-1-2023 08:52 AM
Jawatan Bendahari adalah lantikan
Nak bertanding apa nyaaa
AcikBuncit replied at 15-1-2023 08:20 AM
Parti trpaling longkang.. Punyela muka tak malu smp xnk dprtandingkan jwatan dia.. Haritu beria suru ...
zidane_ziege replied at 15-1-2023 06:49 AM
Yang bodo pi ikut ckp wak jahid bubar parlimen tu pasal apa? adan uke
csham replied at 15-1-2023 09:09 AM
Kan.. aku tgk org UMNO ni Tak leh fikir lah. Mcm ler best sgt so wak jahid n mat asan tu. X de demok ...
ADVERTISEMENT