CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barangan Plastik Sekali Pakai Diharamkan Di England Mulai Oktober

14-1-2023 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 644| Komen: 0

England akan mengenakan larangan terhadap beberapa penggunaan barangan plastik sekali pakai seperti kutleri, pinggan dan mangkuk mulai Oktober dalam usaha mengawal pencemaran yang semakin meningkat.


Perkara itu diumumkan Jabatan Alam Sekitar Britain hari ini, selepas maklum balas awam menunjukkan 95 peratus responden menyokong larangan itu.


Gambar hiasan - CNN

Setiausaha Alam Sekitar, Thérèse Coffey, berkata inisiatif itu antara usaha penting untuk melindungi alam sekitar.

"Kita semua tahu kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh plastik terhadap alam sekitar dan hidupan liar kita," katanya.

Kebanyakan plastik mampu bertahan selama berabad-abad lamanya serta merosakkan lautan, sungai dan tanah di mana jutaan tan penggunaan bahan itu berakhir sebagai sisa setiap tahun.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penggunaan berlebihan plastik sekali pakai selama beberapa dekad ini menyebabkan malapetaka terhadap alam sekitar secara global.


Sementara itu, menurut kerajaan, England dianggarkan menggunakan sebanyak 2.7 bilion barangan kutleri sekali pakai, kebanyakannya daripada plastik, setahun, serta 721 juta pinggan plastik, tetapi hanya 10 peratus akhirnya dikitar semula.

Larangan yang bakal dikuatkuasakan England itu juga termasuk dulang plastik sekali pakai, belon dan beberapa jenis cawan polisterin serta bekas makanan.

Sebelum ini, England sudah menguatkuasakan larangan membekalkan penyedut minuman plastik dan putik kapas berbatang plastik pada 2020.

Kumpulan kempen antiplastik, 'A Plastic Planet' yang mengalu-alukan pengumuman larangan itu turut menggesa lebih banyak tindakan diambil dalam penggunaan plastik termasuk uncang.

Pengasas bersama kumpulan itu, Sian Sutherland, berkata sebanyak 855 bilion uncang digunakan setiap tahun yang tidak dikitar semula.

"Uncang plastik iaitu kemudahan yang menjadi ketagihan kini perlu menjadi sasaran seterusnya," katanya.

Menurut kerajaan Britain, negara itu juga sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan penggunaan barangan plastik lain yang menimbulkan masalah termasuk kain lap basah, penapis tembakau dan uncang.

Ketika ini, kerajaan di seluruh dunia mengekang penggunaan plastik sekali pakai dalam pelbagai peringkat, malah tinjauan global tahun lalu mendapati tiga daripada empat orang mahu plastik sekali pakai diharamkan secepat mungkin. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.031748 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top