CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Berhubungan Seks, Sentuh Orang Tak Kenal Sebab Nak Jaga Kualiti Sperma

14-1-2023 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1503| Komen: 18

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) nekad tidak melakukan hubungan seks untuk menjaga kualiti spermanya, lapor laman berita Detik hari ini.

Kyle Gordy, 31, yang mula menderma spermanya sejak 2014 kini mempunyai 57 anak.


Selama sembilan tahun, Gordy sudah membantu lebih 48 wanita untuk mempunyai anak.


Jam Press/@kylegordy1234

Dalam usaha untuk menjaga kualiti spermanya, Gordy mengelak daripada melakukan hubungan seks dan tidak bersentuhan dengan orang yang tidak dikenali. 

Bukan itu sahaja, Godry juga mengeluarkan sperma untuk tujuan derma. 

Gordy memberitahu bahawa dia akan memiliki 14 anak lagi dalam masa terdekat dan tidak merancang untuk berhenti menderma sperma.

“Selagi seorang wanita itu memenuhi syarat dan boleh menjaga anak tanpa sebarang masalah, maka saya berbesar hati untuk membantu,” katanya. 



Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 14-1-2023 09:12 PM
Bukan ke Kualiti sperma ditentukan melalui pemakanan?
Pastu jangan merokok,dadah,minum minuman beralkohol sume tu.
Xde kaitan pun dgn sentuhan sume tu kan?
Quote margo20 14-1-2023 09:49 PM
Syukur la anak dia dpt bapa yg menjaga ikhtilat
Quote sharlenetexas 14-1-2023 09:52 PM
jejaka_hensem replied at 14-1-2023 09:12 PM
Bukan ke Kualiti sperma ditentukan melalui pemakanan?
Pastu jangan merokok,dadah,minum minuman beral ...

Ntah ajaran mana heols google ni.

Quote sharlenetexas 14-1-2023 09:53 PM
Heols nak berapa dozen anak pun, bukannya heols yg mengandung 9 bulan dan meneran beranak.
Quote Adrif 14-1-2023 10:31 PM
rosak nasab. kang 20 tahun kemudian, budak2 tu nak kawen

entah2 terkawen adik-beradik, makcik-pakcik sendiri. naya
Quote jejaka_hensem 15-1-2023 12:03 AM
sharlenetexas replied at 14-1-2023 09:52 PM
Ntah ajaran mana heols google ni.

Saki baki pengikut ajaran ayah pin kot
Quote chazey 15-1-2023 12:05 AM
Adrif replied at 14-1-2023 10:31 PM
rosak nasab. kang 20 tahun kemudian, budak2 tu nak kawen

entah2 terkawen adik-beradik, makcik-pakci ...

Berbalik kepada zaman Adam dan Hawa la nampaknya.
Quote Tinot7 15-1-2023 12:22 AM
Adrif replied at 14-1-2023 10:31 PM
rosak nasab. kang 20 tahun kemudian, budak2 tu nak kawen

entah2 terkawen adik-beradik, makcik-pakci ...

Bkn ka dikira anak luar nikah? Masih dikira nasab ka?
Quote green~tea 15-1-2023 12:26 AM
Patutnya kena maintain healthy.. jaga makan etc..  
Quote Itzy 15-1-2023 12:50 AM
yup dlm islam anak luar nikah tak dianggap ada hubungan dgn si bapa, malah bapa tu boleh kahwin dengan si anak perempuan. Anak tu tak boleh terima harta faraid. Nak rosak nasab apanya, dia tu non muslim. Tapi nanti budak2 tu kena cari la adik beradik mereka. Sebab tu la islam ni agama yang benar tiada agama lain yg benar kecuali islam. Allah dah buat peraturan cantik untuk semua manusia tapi manusia ego dan buat2 buta tak boleh terima. contohnya poligami, bila terlalu sikit lelaki berkualiti di muka bumi ni maka suami dibenarkan poligami wanita2 yang berlebihan tu. kalau kat amerika syarikat 7juta wanita bakal jadi wanita simpanan sebab mereka tak ada pasangan hidup lelaki dan undang2 kat sana tak bagi poligami. Pemimpin2 barat dan timur kafir sengaja tak mahu benarkan penganut2 agama di negara mereka cuma kahwin satu saja supaya orang pandang hina pada islam dan nak tunjuk peraturan islam tu jahat padahal mereka sendiri jahat nak galakkan perzinaan. Akhirnya ramai perempuan muda jadi wanita simpanan atau escort lelaki tua kaya.
Quote sekngucing 15-1-2023 01:33 AM
Itzy replied at 15-1-2023 12:50 AM
yup dlm islam anak luar nikah tak dianggap ada hubungan dgn si bapa, malah bapa tu boleh kahwin deng ...

iyelah tu.....
Quote Dwdrum 15-1-2023 06:38 AM
Itzy replied at 14-1-2023 08:50 AM
yup dlm islam anak luar nikah tak dianggap ada hubungan dgn si bapa, malah bapa tu boleh kahwin deng ...

Ko bukti kan lah dahulu if theory ko ber jaya kurang kan maksiat dan lebih wanita.. suruh semua lelaki muslim kahwin 4 dahulu... Kita tengok result bagaimana and then baru suruh kapir kagum dengan polygamy
Quote Adrif 15-1-2023 04:47 PM
Tinot7 replied at 15-1-2023 12:22 AM
Bkn ka dikira anak luar nikah? Masih dikira nasab ka?

entah la nok. I pun tak reti nak cakap macam mana. kadang2 wording I ni pelik sikit. bahasa melayu fail, bahasa inggeris pun fail

dari segi Islam, tak tau lah. kena tanya pada yang berkenaan
tapi, generally, kita pun faham lah.. dia tu bapa kepada budak2 tu. walaupun berlainan ibu, tapi nanti macam kawen adik-beradik tiri la kan. in case diorang terkahwin sesama diorang. itu je maksud I
Quote Lagubestbest 15-1-2023 09:16 PM
Itzy replied at 15-1-2023 12:50 AM
yup dlm islam anak luar nikah tak dianggap ada hubungan dgn si bapa, malah bapa tu boleh kahwin deng ...

jap. kalau anak takde kaitan ngan bapa.. means takde kaitan sesama adik beradik jugak la kan?
Quote Tinot7 16-1-2023 12:40 AM
Adrif replied at 15-1-2023 04:47 PM
entah la nok. I pun tak reti nak cakap macam mana. kadang2 wording I ni pelik sikit. bahasa mela ...

Kalau anak luaq nikah mmg bkn dikira nasab setahu iols.
Quote Decaffeinated 16-1-2023 10:27 AM
Itzy replied at 15-1-2023 12:50 AM
yup dlm islam anak luar nikah tak dianggap ada hubungan dgn si bapa, malah bapa tu boleh kahwin deng ...

Negara yang tak benarkan poligami kerana mereka percaya ia tidak adil bukan kerana nak menunjukkan islam itu jahat. Stop thinking mereka sentiasa cemburu dgn kejayaan ummah. They have better things to worry about.
Quote Decaffeinated 16-1-2023 10:35 AM
Adrif replied at 15-1-2023 04:47 PM
entah la nok. I pun tak reti nak cakap macam mana. kadang2 wording I ni pelik sikit. bahasa mela ...

They are half siblings. Biologically related. Kalau mereka terkawin dan beranak it's in breeding. The odds of that happening is probably smaller than a plane crash.

Adik beradik tiri tiada pertalian darah langsung.
Quote mdhelmi 16-1-2023 12:47 PM
dia buat kenyataan tu sebab nak lakukan benih dia
agaknya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.144597 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top