CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Dipercayai Mangsa Dera, Ditinggal Tepi Jalan

14-1-2023 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1212| Komen: 7

Seorang kanak-kanak lelaki disyaki mangsa dera ditemui ditinggalkan bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran Apartmen Cheras Utama, Batu 9 Cheras dekat sini, semalam.

Kanak-kanak dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun itu ditemui seorang lelaki yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis melalui talian MERS999 kira-kira jam 11.30 malam.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pengadu berusia 36 tahun itu memaklumkan kanak-kanak itu ditemui sedang duduk seorang diri tanpa penjaga di tepi jalan simpang tiga berkenaan.

Beliau berkata, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dan pengadu menemui beberapa kesan kecederaan pada tubuh, tangan dan dahi kanak-kanak terbabit.

"Kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu 9 oleh anggota polis Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dan hasil pemeriksaan lanjut, tidak menemui sebarang butiran mengenai kanak-kanak itu.


"Kita mengesyaki kanak-kanak itu anak warga negara asing kerana tiada mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


BH Online

Mangsa kemudian dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mangsa berada di dalam keaadan sihat dan stabil. Kes ini juga sudah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

"Kita menggesa supaya orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini memaklumkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan," katanya.

Mohd Zaid berkata, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zaiyaudi bin Mohd Yaakub di talian 019-5355395.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial berhubung penemuan kanak-kanak berkenaan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 14-1-2023 09:07 PM
Aku saspek mak bapak dia sengaja tinggal dia. Dgn harapan dia jd warganegara,dh x mampu jaga. Nk suh jd anak angkat sesapa la tu. Xpela dik sebaik govt Msia ni ok, nnti duduk la tu kat mana2 agensi bwh JKM.
Quote Zazama 14-1-2023 09:35 PM
Anak warga asing nih.
Quote kechikchomel 14-1-2023 09:49 PM
Zazama replied at 14-1-2023 09:35 PM
Anak warga asing nih.

Iya kot...tak faham bahasa tempatan.
Quote cheezel 14-1-2023 11:37 PM
Bagusla jadi tempat pembuangan anak pati plk
Quote dua_chzy 14-1-2023 11:38 PM
Euthanize aje la budak tu. Dah sapa nak jaga? Sangat kasihan.
Quote Skuau 14-1-2023 11:42 PM
Mohon sama 'laoshi' jaga anak gue..udah dpt ICnya..nanti gue ambik balik...
Quote Tokeybundle 15-1-2023 05:37 PM
Dapat mak bapak bdk ni tolong halau blk negara dia.buat semak je

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.063536 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top