CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Maut, Melambung Motosikal Dirempuh Pacuan Empat Roda

14-1-2023 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 574| Komen: 0

Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh 11.40 pagi tadi.

Nahas itu berlaku selepas tayar belakang dan depan pacuan empat roda dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur pecah, menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan masuk ke jalan bertentangan dan melanggar penunggang motosikal.



Anggota bomba memadamkan kebakaran pada motosikal yang dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lipis-Merapoh.

Pelanggaran itu menyebabkan motosikal terbabas ke kanan jalan mengakibatkan penunggang melambung dan jatuh ke bahu jalan.

Penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Lipis tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 1 tengah hari tadi.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu mengalami cedera ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.174502 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top