CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Presiden UMNO Seumur Hidup - Shahidan

14-1-2023 08:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1082| Komen: 3

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyindir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menjadi Presiden parti itu untuk 'seumur hidup'.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kerana jawatan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.



FB/Harian Metro

"Saya mengucapkan tahniah kerana Presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan.

"Saya mencadangkan beliau menjadi Presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai," dakwanya di Facebook pada Sabtu.

Shahidan juga mengucapkan takziah kepada perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan.



"Sekalung tahniah kerana berjaya membawa 'perwakilan import' yang dibawa masuk untuk kali ketiga.

'Jangan bimbang! Jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur. Bye-Bye," dakwanya.

Pada Sabtu, usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, usul berkenaan disokong oleh hampir kesemua perwakilan yang terlibat.

Isu pemilihan UMNO menjadi tumpuan ramai selepas wujud cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam parti Melayu terbesar itu tidak dicabar.

Shahidan merupakan bekas pemimpin UMNO yang dilihat tidak sehaluan dengan Ahmad Zahid.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu menggesa Ahmad Zahid berundur dan meletak jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelana36 14-1-2023 09:18 PM
shahidan meroyan seumur hidup....

dulu tak di lantik semula jadi MB perlis, meroyan...
tak bagi bertanding PRU 15, meroyan, sampai sanggup keluar parti , bertanding guna PN, tapi lah ni dia parti apa tak tau...
Quote mojarean_X 14-1-2023 09:23 PM
Bila nk buka blk kes dia ni?
Quote akusukaq 14-1-2023 09:24 PM
Ko dah masuk geng pembangkang  ngape nak kesah pasai umno dah...takde kaitan pun

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049938 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top